Social Icons

Pages

Sunday, August 23, 2015

Kucing bawa rezeki jodoh???


Assalamualaikum dan hi...

Comel tak budak kat atas ni.. ni post paling comel dia kasi tadi..
Aku yang sebenar dari dulu bukan orang yang suka kucing malahan aku amat takut kucing. Seriously dulu aku tak berapa suka kucing dekat dan aku akan menjauhkan diri. Rupanya kucing ni lagi kita diamkan diri dari kita, lagi suka dia datang kat kita sebab dia tak rasa orang yang diam-diam tu mengancam dia.

Sejak berhousematekan orang yang suka kucing, aku suka gitu-gitu je kucing dan aku tak pernah nak pegang kucing-kucing yang housemate aku bela. Sebab aku fobia kalau kucing cakar. Itulah reason utama paling aku tak suka kucing. Beberapa generasi kucing dibela, aku hanya tolong bagi makan je hehehe.. Dan aku paling suka kalau kucing-kucing tu duduk dalam sangkar.

Tapi Allah s.w.t tu Maha Besar kan... Dia nak tunjukkan aku kalau aku sayang si comel ni.. InsyaAllah ada rezeki yang baik dia berikan kerana setiap apa yang Dia ciptakan pasti ada sebab baik.

Kisah aku mula sayang kat si comel ni bermula dengan aku kenal seorang rakan sewaktu trip ke China tahun lepas. Rumah dia banyak kucing comel dan dia selalu post gambar kucing dia yang comel-comel kat whatsapp terutama Kuro. Dan nak dijadikan cerita, mak kepada Kuro ni beranak la beberapa ekor lagi adik beradik Kuro. Maka dari sini lah aku jumpa Smokey @ Myqha. Nama Myqha ni aku yang tukar hehehe.

Abg tu offer kat aku dan beberapa orang rakan yang pergi trip China tu untuk jaga salah seekor kucing yang baru lahir. Hahahaha atas dasar kawan kasi free, kami kena berjanji supaya kucing tersebut dalam jagaan yang baik.

Aku tak tau laaa ntah datang angin mana, suka betul tengok Myqha dalam post whatsapp. Kebetulan waktu tu aku selalu outstation dan housemate bosan xde orang kat rumah je. Dia pun ada bersuara nak bela kucing dan kebetulan offer datang aku pun cakap nak sekor anak kucing dan aku choose Myqha.

Masa amik dia, siap pinjam kawan punya carrier nak amik dia dan esoknya shopping sakan barang2 dia ngan housemate. Mungkin sebab amik dari baby dan Myqha ni jenis home cat maka dia amat manja. Hrmmm bila kawan aku lagi manjakan dia, dia memang lepas je kat luar dan malam tido ngan housemate aku.

Sejak ada Myqha.. mengalahkan orang ada anak.. Yelaaa bujang selalu amik gambar dia dari kecik hingga sekarang bila aku bosan takde rumah. Tak caya bole tengok ada account instagram Myqhathecat.

Yang aku nak buat post ni supaya satu hari aku selalu ingat dia sebab..

Myqha selalu bangun awal pagi lebih kurang 4 atau 5 pagi. Kalau aku tidur luar, dia pasti akan kejutkan supaya bangun awal pagi.. Time2 tu awal-awal pagi korang mesti marahkan kan kalau kucing bising2 tak tau nak apa. Lagi-lagi bulan puasa dulu Myqha dalam 4-4.30 pagi mesti dah kacau orang tidur. Maka tak laa terlepas aku nak sahur. Tapi bila aku perhalusi keadaan itu, rupanya dia kejut kita suruh bangun tunaikan solat Subuh. So kucinglaa alarm clock aku.

Dengan myqha juga aku rapat dengan "someone"..hahahaa myqha lah topik aku bila aku tiada cerita lain. Haaa haha adakah kucing juga pembawa rezeki jodoh.. Jeng.. jeng.. jeng..

Bila ada myqha, kalau rasa sedih ko cakap je kat dia pastu dia dengar je.. tahu-tahu dah tidur.. pendengar setia sampai tidur hehe..

Alhamdullillah adanya Myqha tak sunyi dunia aku.. Dia peneman bila bosan duduk rumah sorang-sorang.

So, korang kat luar tu jangan la korang halau-halau kucing, ada sebab Allah s.w.t datangkan kucing kepada kita. Ianya mungkin rezeki yang Allah s.w.t nak turunkan melalui hadirnya kucing. Fikir positif insyaAllah positif lah jadinya.


No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe