Social Icons

Pages

Thursday, July 25, 2013

Iftar 16 Ramadhan - Restoran Omar Khayyam

Semalam memang plan nak berbuka di luar, tapi memandangkan bas family angkat lewat sampai dari kelantan.. lebih kurang pukul 7 malam baru sampai.. agak buntu juga mana nak berbuka time-time gini.. Tanyalah family angkat kot-kot ada tempat dorang nak makan.. nasiblah papa memang pernah kerja area tengah bandaraya kl ni.. dia suggest pergi buka dekat bangunan mara atau tempat yang berdekatan.

Sampai je kat parking sebelah Depo Houz, tiba-tiba papa cakap ada satu kedai nasi briyani sedap.. Aku pernah la dengar-dengar kedai-kedai makan kat medan tuanku ni memang best tapi tak pernah pergi. So papa suggest pergi makan kat Omar Khayyam ni..

Ok post kali ni tak bergambar sebab semasa perjalanan ni baterry phone memang tengah low.. tak dapat nak amik gambar..takpe akan datang lagi so akan di'update' review bergambar lepas ni..

Kedai ni makanan dia ala-ala middle east dan indian punya makanan.. apa yang best kat sini papa cakap nasi briyani dia...so kami order briyani kambing dan paling terkejut sorang RM10.. mana nak dapat weh nasi briyani ala arab ni kat kl RM10 sekepala.. Selain tu, kat sini memang famous dengan nan cheese dengan masakan masala dan tandori nyee.. tengok meja sebelah makan nan dengan tandori terus rasa nak makan tapi kekenyangan dengan briyani ..so niat dilupakan sebentar.. (dalam hati dah berangan nak datang lagi).. Lagi satu yang buat kecur perut teh tarik dia... memang umppphhh..

Suka datang makan sini sebab tempat dia bersih, cozy, relax dan agak menenangkan.. walaupun tempat kecik tapi selesa sangat nak makan.. makanan memang sedap bagi gred A+ lah hehee murah dan berbaloi untuk datang makan ramai-ramai.. So sapa-sapa yang kerja area KL, nak berbuka ramai-ramai boleh datang kedai ni.. makan tiga orang tak sampai RM50.. so berbaloi laaa.. kalau sorang kua dalam RM30.. kongsi ramai2 macam-macam boleh makan.. Alamak.. sorry nombor contact xde.. tapi dapatlah location GPS seperti di bawah...


5 Jalan Medan Tuanku
50300 Kuala Lumpur

GPS:
3.158454, 101.696644

Parking : Suggest parking dekat houz depo paling dekat, tak pun parking dekat bangunan mara/komplek pertama/maju junction dan jalan kaki ke sini...


No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe