Social Icons

Pages

Thursday, July 25, 2013

Buffet Ramadhan 2013 - Pinang Masak Cafe (Below RM50)

Ok kali ni nak review buffet ramadhan bawah RM50 lagi.. Restoran kali ni terletak di kawasan bukit tunku.. tak jauh dengan jalan duta, kalau dari jalan duta masuk ikut simpang langgak tunku kira simpang masuk dekat institut kefahaman islam tu.. kalau tau jalan dalam dari pwtc dan sultan salahuddin memang orang yang biasa dengan area ni.. hehehe tempat ni memang tempat makan favourite my ex-bos dulu-dulu.. boleh kata tempat ni tak pernah mengecewakan dan kalau orang cakap orang cina suka makan maknanya makanan kat sini memang sedap..

Kalau hari biasa makanan kat sini ala carte agak juga mahal.. slalu kalau saya datang makan time-time gaji je..hehehe almaklum marhaen je hehehe Petang tadi sebelum pergi amik mak angkat, ofismate ada ajak datang berbuka sini.. tapi saya tolak sebab ada family matter so janji nak datang tuk buffet minggu depan..hehehe reserve tempat dulu tadi masa singgah ke CIMB bank yang bersebelahan restoran ni..

Buffet ramadhan kali ni dekat restoran ni RM39 seorang.. Dengan menghidangkan lebih kurang 200 jenis juadah makanan berbuka ala-ala kampung memang bagi saya berbaloi. Restoran ni memang famous kalau bukan bulan puasa dengan kuih muih tradisional yang sedap dinikmati di waktu petang.. ni kalau bulan puasa buffet bawah RM50 sangat berbaloi sedap makanan kat sini memang sedap.. Mana nak dapat tempat lain nak makan ubi rebus dengan kelapa.. fuhh minum air kopi terangkat sekejap beb petang-petang.. ada goreng pisang, pelbagai jenis kuih talam.. Favourite kawan saya datang sini sebab ada bubur dengan sagu gula melaka.. lauk pauk jangan cakap laa.. masakan tradisional memang rasa macam makan dekat rumah.. Restoran ni memang A+ habis bagi saya.. Tak pernah mengecewakan saya setiap kali makan dekat sini.. (Berangan time kawin nak amik catering dorang hehehee sebab da ada perkhidmatan catering skang).

Parking jangan risau banyak je kat sini.. Tak cukup kat dalam kawasan ni bole parking tepi jalan dekat dengan bas stand.. Restoran ni area kawasan elit bukit tunku.. Enjoy your eating here..

nak tengok picture makanan kat sini bole tengok FB mereka : https://www.facebook.com/pages/Pinang-Masak-Cafe-Restaurant/190592190976418

Ni address : Lot K2 , Taman Tunku ,off Jalan Langgak Tunku , Bukit Tunku , 50480 Kuala Lumpur, Malaysia (tekan je ada link peta)

No phone : 0362011964 atau 0340423322 (better call dulu mana tau penuh ke) 


No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe