Seorang peragut terbunuh selepas meragut beg tangan seorang arkitek di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai, Ampang. Tindakan berani wanita itu yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
Berita lanjut di HarianMetroOnline .
Gambar adalah daripada Harian Metro Online...
Lepas baca berita ni terpacul keluar ayat "Cash" balasan di dunia. Teringat pulak time aku kena ragut dulu, banyak juga lah kerugian yang ditanggung dengan trauma sehingga ke hari ini semoga peragut itu mendapat balasannya..



0 comments:
Post a Comment