hahahahaha satu topik yang sangat selalu orang perkatakan.. Duit..Duit siapa yang tak nak apatah lagi kalau orang nak kasi free kan.. Almaklum laahh.. dengan kenaikan harga barang dan kos hidup makin tinggi membuatkan gaji beribu-ribu pun belum mampu nak sara kehidupan di kotaraya KL ini...lagi-lagi kalau taste ni high taste dan suka nak branded stuff and original lagi tu.. Ok..Ok.. melalut la pulak kan..Ni bukan nak cerita atau nak buat promosi pasal MLM melalui internet atau yang berkaitan dengannya.. Actually tergerak hati nak menulis pasal topik ni bila kawan ofis bertanya dan berborak pasal ni.
Beb.. Kalau cerita ini tidak benar bagaimana Irfan Khairi boleh menjadi kaya dengan perniagaan online.. Yang ni kalau nak ceburi online business.. tapi bagi mereka yang nak income sesaja boleh tapi mana ade duit tanpa usaha kan.. Actually kebanyakan orang mendapat duit dari internet tanpa menjual barang ni adalah mereka yang bergelar "bloggers". Beb seorang blogger yang mempunyai pengikut setia blognya mampu menjana duit sehingga beribu-ribu ringgit sebulan. Bagi bloggers nama Nuffnang tidak asing dengan dunia mereka. Setelah berdaftar dengan Nuffnang, iklan akan dipapar di blog dan jumlah wang terkumpul adalah berdasarkan "pay per click" pada iklan tersebut. Yang menjadikan seseorang itu mendapat income tinggi adalah disebabkan blog mereka mempunyai pengikut setia yang ramai dan blog mereka menarik untuk dibaca. Untuk cerita lanjut mengenai Nuffnang refer pada link kosmo ini. (click @ kosmo). Selain Nuffnang, Google advertising pun menawarkan income yang sama seperti Nuffnang.

Selain melalui blog, income internet boleh diperolehi melalui menjawab survey secara online. Ni bagi mereka yang rajin nak menjadi menjawab soalan-soalan kajian. Kebanyakan kaji selidik adalah berdasarkan barang-barang harian, kehidupan harian, insuran dan sebagainya. Actually jumlah kaji selidik yang akan dapat adalah kebergantungan dengan maklumat asas yang diberikan sewaktu mendaftar laman web tersebut. Antara laman web yang menawarkan survey online yang boleh didaftar oleh Malaysian ialah Globaltestmarket , AIP Online Survey, Yoursay, AC Nielsen's survey dan sebagainya... Nak cari banyak lagi sila ke YellowSurveys.com banyak webpage tentang survey online ni kat direktori tersebut.. Selamat menjawab soalan..heheheehhe Peringatan : Nak dapat duit bukan jawab satu kajian jeww.. kena kumpul point..hahaaha harap bersabar dan tabah menjawab yeee..
Lain-lain yang memerlukan usaha adalah anda menjual barang-barang secara online. Contohnya seperti menjual foto-foto koleksi anda yang mempunyai nilai bermutu tinggi boleh menjana pendapatan juga. Yang penting foto itu kepunyaan anda dan bukan di'copy' dari hak milik orang. Boleh google "selling photo" anda akan menjumpai banyak website tentang penjualan foto online.
Oklaa setakat ini dahulu, saya update tentang pendapatan melalui internet.. Banyak kerja menimbun di mejaku sekarang ini.. Adios.. Next update akan saya ceritakan pula bershopping tanpa mengeluarkan duit.. hahahahaha Lagi-lagi ade peluang nak dapat isi minyak free, makan fast food free .. Tapi kena wat survey juga la kan.. mane de benda free kat dunia ni yang kasi camtu jeerr.. Unless kawan korang sangat baik belanja makan tiap-tiap hari.. hehehehehe



0 comments:
Post a Comment