Social Icons

Pages

Tuesday, November 23, 2010

Pandai-pandai bawa diri...

Aku ni bukanlah nak mengadu domba atau nak mengata sesiapa tetapi apa yang nak dicoretkan di sini hanyalah sekadar berkongsi cerita dan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga dan rakan-rakan sekalian.

Kisah berkisarkan seorang kawan yang datang mengadu mengenai seseorang yang mempunyai pertalian di dalam keluarganya. Lebih senang untuk tidak menyentuh mana-mana pihak karang kena saman la pulak kan.. kawan saya ni saya gelarkan sebagai A dan seseorang tersebut tu saya gelarkan sebagai B.

Alkisahnya, B sebelum mendapat rumah tinggal di rumah A.Dan apabila suami B, telah mendapatkan rumah sewa B pun pindah dari rumah A. Disebabkan suami B selalu outstation, B pun selalu lah datang tinggal dengan A. Kadang-kadang tu berminggu-minggu dan berbulan-bulan memandangkan suami B ni keja tak tentu masa dan selalu outstation kat luar negara. Bagi A, dia tidak kisah kalau si B ni tinggal rumahnya cuma sejak kebelakangan ini kehadiran B di rumahnya membuatkan dia rasa rimas. Sebabnya si B ni, tinggal di rumah A tak pernah menolong A membersihkan rumah, nak tolong masak etc.. Kadang-kadang tu suka-suka guna barang peribadi A tanpa meminta kebenaran. Yelaaa.. memang ada pertalian keluarga di situ, tetapi barang-barang personal orang ni sewajarnya mintalah izin kalau nak guna.

A bekerja sepenuh masa dan mempunyai seorang anak. B pula tidak bekerja dan mempunyai seorang anak. Selalunya kita akan menganggap seseorang tetamu bila orang tu datang dalam tidak kurang lebih seminggu. Ni kalau dah tumpang rumah orang buatlah cara menumpang kan.. At least ada la courtesy dan budi bahasa serta sifat suka menolong. Sekurang-kurangnya kehadiran sebagai penumpang tidak membebankan tuan rumah. Ini tidak sanggup melayan anak 24jam dan jarang-jarang sekali menolong membersihkan rumah orang tu.. Kesian juga aku lihat A, sebab balik rumah dia juga yang kena masak dan si B ni duduk umah tak buat apa. Bagi aku, dah ada kat rumah tu tolong-tolonglah apa yang patut.. Tak kanlah nak malu memanjang.. huhhuhuhu

Ermm samalah juga erti kalau duduk rumah sewa bagi bujang. Kita seharusnya perlu tolong-menolong sesama sendiri. Jangan selalu nak harapkan orang lain buat kerja, tapi kita buat tak ambil tahu jer dan kalau sikit buat dah merungut. Siap ada yang berkira sampai simpan barang makanan dalam bilik sendiri... Kisah benar ni, kawan2 kat ofis selalu cerita kisah2 berkenaan hal orang-orang kat rumah sewa. Yelaaa walaupun masa sewa rumah dulu tak kenal, tapi bila da duduk bersama mesti dah kenal dan ade pulak tu siap bergeng-geng lagi.. hahahahaha terpulang tepuk dada tanya selera masing-masing. Memang sesetengah orang berkira dan ada yang tak berkira tapi orang kata pandai-pandai bawa diri. Tak kiralah rumah sepupu ker, rumah sedara, mak mertua, rumah sewa, rumah sendiri kita kena pandai bawa diri. Kena pandai sesuaikan dengan keadaan semasa tempat dan biasakan diri. Jangan nak ikut kepala sendiri jer kan..

Bak kata orang kalau orang dah memberi kita merasa.. Tapi jangan asyik merasa jer sampai lupa nak memberikan balik kepada orang lain. Tangan orang memberi ni lebih bermakna daripada menerima.. Janganlah kedekut dengan apa yang kita.. Setiap bantuan dan pertolongan kita pada orang akan dibalas semula dengan bantuan oleh orang kepada kita. Dunia ni ibarat roda.. tak selamanya kita akan berada di atas..dan kadangkala kita akan berada di bawah..

Bercerita pasal berkongsi rezeki ni teringat pesan abah.. Abah selalu berpesan dengan aku yang jangan kedekut dengan apa yang kita ada dan sentiasa berkongsi rezeki dengan yang lain.. Insya Allah rezeki tu akan sentiasa ada kalau kita selalu berkongsi rezeki dengan orang.. Aku memang berpegang dengan pesan abah dan aku akui benar kata-katanya itu..

Moral of story kat sini..
1) Pandai-pandai bawa diri kita di mana jua situasi dan tempat
2) Janga kedekut rezeki sebaliknya berkongsi dengan orang sekeliling yang rapat
3) Bersedekah
4) Jangan malas/ rajin2 mengemas rumah.. Kalau bagi yang bujang esspecially perempuan ni lah masa nak practice.. lelaki pun jangan ingat tak perlu at least mengemas rumah bersama-sama dengan isteri boleh merapatkan lagi perhubungan.. ceewaahh...

Disclaimer : Cerita di atas tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja. Sekadar coretan untuk peringatan dan nasihat penulis sendiri dan sesiapa sahaja di dunia ini..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe