Social Icons

Pages

Monday, November 15, 2010

next year planning...

Aahaaa belum masuk disember aku dah sibuk merancang apa nak buat tahun depan.. mungkin bagi sesetengah orang perkara gila sebab belum habis tahun 2010 dah sibuk nak rancang planning tahun 2011. Alah lagi beberapa minggu nak melangkah tahun 2011. Aku tengah buat holiday trip planning tahun depan memandangkan geng aku kena update cuti tahun depan dalam this month. Aku takpelaa dekat2 nak pergi nanti aku apply cuti sebab kata dorang "keje gomen boleh cuti bila-bila". Aku faham dengan situasi tempat kerja rakan-rakanku sebab aku pun dulu pernah mengalami situasi yang sama sebelum masuk keje gomen ni.. huhuhuhuhuuhhu

Ini baru planning jer.. InsyaAllah dengan izin dariNya moga segala perancangan ini terjadi.. Sekarang ni kerja aku adalah survey place dan cari tiket flight dari sekarang.. Almaklum lahh kan tiket Air Asia murah kalau kita tempah awal.. Ni yang dikatakan percutian mengikut budget tapi boleh sampai oversea tuhhh huhuhuhuhu.. Setakat ni ade perancangan nak ke Bali cuma aku risau skit ade karang kawan-kawan aku ni tak lepas lak nak ke sane disebabkan oleh sekatan PTPTN..huhuhuhuhu moral of stories dah pinjam pandai-pandai bayarlahhh huhuhuhuhuh

Hari ni pun kat ofis ramai yang dah bercuti sebab esok Raya Haji.. Aku pun tak banyak kerja sangat ..so sambil kerja sambil menyelam di dunia encik Google mencari maklumat tentang pakej percutian sementara nak tunggu MATTA Fair..

Apa yang aku Googling hari ni :-

1) Pulau Mabul
2) Krabi
3) Bali

ermm 3 place either one nak pergi.. hati sudah terpaut sama Mabul Island tak tau lah kenapa tapi cam best la pulak pergi.. Kebetulan budah ofis aku yg duduk mengadap aku ni budak Sabah banyak gak info aku tanya kat dia.. Dia pun suggest gi Mabul.. huhuhuhu

tahun depan pun kalau ade rezeki aku nak masuk Diving Course.. sebab sangat-sangat teruja nak wat aktiviti menyelam.. woooooo best tau aktiviti menyelam ni sambil lihat keindahan ciptaan Tuhan.. Semenjak balik dari Perhentian aku dah tanam niat tu cuma bila terlaksana aku pun tak tau...huhuhuhuhu

selain antara salah satu tiga tempat yang aku survey tu.. dalam holiday planning tu dah reserve tarikh untuk ke Langkawi, Redang etc dan unexpected planning huhuhuhuh

hhahahaha jangan tanya aku pasal planning kawin dalam tahun 2011.. sorry beb xde pun satu tarikh aku reserve untuk itu.. biasalah orang-orang solo macam aku ni belum bertemu idaman hati lagi so plot cuti banyak terisi dengan percutian.. Almaklumlaa beb.. aku ni memang kaki travel dah la lak geng AV aku pun satu kepala dengan travel..huhuhuhuu itulah luahan hati orang baru putus cinta..huhuhuhuhu

ok!!ok!!! stop it talking bout cinta!!! malas nak serabut kepala dengan masalah itu lagi.. selagi boleh Enjoy.. travel ke mana kita nak pergi.. pergi selagi ade kekuatan, ada masa terluang.. bila lagi nak melihat keindahan dunia ini..huhuhuhu

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe