Social Icons

Pages

Thursday, August 19, 2010

malam lailatul qadar boleh ditemui-iman ghazali

Dua malam yang istimewa dalam Islam ialah malam Lailatulqadar dan malam NisfuSyaaban. Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam di dalam setahun. Diikutimalam Nisfu Syabaan. Malam Lailatul Qadr ialah malam penetapan kadar iaitutakdir seperti kadar rezeki manakala malam Nisfu Syaaban ialah malam diserahkanbuku yang mengandungi perkara yang ditakdirkan itu (buku baru kata orang).Malam Lailatul Qadr juga ialah malam diturunkan Al-Quran secara sekaligus dariLoh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w.secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yangdihadapinyaDukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) padamalam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yangmengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yangberikut);Para sahabat nabi risau kerana tidak dapatberjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel berjihadselama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan parasahabat nabi yang risau itu. Ramai orang tahu pahalanya 1000 bulan (84tahun)Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulanBilakah waktunya?Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malamLailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Bagindaterlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar."Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar,tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidakdiberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25(dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima)." (Hadis Riwayat al-Bukhari(4/232))Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir,terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah sukapada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslimyang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalamhadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. ImamGhazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mulapuasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)JIKA AWAL RAMADHAN (1 RAMADHAN) JATUH PADA HARI :[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malamke-29 Ramadhan;[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21Ramadhan;[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malamke-27 Ramadhan;[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25Ramadhan;[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23Ramadhan.

CARA NABI MENDAPATKAN LAILATUL QADAR

KebiasaannyaNabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahanselepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segalaurusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukanamalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteriBaginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanyamereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayahdalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membacaquran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yangperlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah"Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbull 'afwa ,fa'fu 'anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyangtarawikh.Telah diriwayatkan dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa diabertanya, "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar(mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?" Beliau menjawab,"Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yangmeminta ampunan, maka ampunilah aku." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760),Ibnu Majah (3850) dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhanmereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahunyang berikut);Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawahArasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut,kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecualikepada orang Islam yang meminum arak, memakan **** dan memutuskanSilatur-Rahim.Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:• Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.• Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis• Satu bendera diletakkan di Baitullah• Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar

Malamyang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyakcahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu

"selamatberpuasa dan salam kemaafan buat semua"

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe