Social Icons

Pages

Monday, July 19, 2010

6 perkara jangan didedahkan di Facebook dan segala jaringan sosial

Last few week ade terbaca satu artikel di moneywatch mengenai perkara-perkara yang tak perlu didedahkan di dalam Facebook dan segala jaringan sosial. Bila difikirkan kembali memang ada benar apa yang penulis itu sampaikan.

Laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan sebagainya mempunyai pelanggan berjuta-juta orang di dunia ini. Dengan kecanggihan laman sosial begini, sekurang-kurangnya membuka medium baru untuk dunia komunikasi di mana kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja melaluinya. Rakan-rakan boleh mengetahui "update" mengenai kita dengan menceritakan status dan melalui gambar-gambar yang di"upload" di laman tersebut.

Kebanyakan daripada kita kadang-kadang terleka dek kerana keseronokan menggunakan laman sebegini hingga menceritakan kesemua mengenai dirinya di laman tersebut. Jom, "check" 6 perkara yang tak perlu didedahkan di laman maya seperti FB, Frienster, Twitter untuk panduan saya dan juga rakan-rakan..

  • Tarikh lahir dan tempat lahir - Of course memang boleh letak bila kita dilahirkan sebab kat FB atau laman sosial lain ni sebagai salah satu kalendar untuk mengingati tarikh lahir kawan-kawan, secret admire etc. Salah satu syarat untuk daftar Facebook etc perlu memasukkan tarikh lahir kan.. Tetapi pada ruang info tersebut memadai hanya meletakkan bulan dan hari lahir tersebut. Ini kerana, apabila kita meletakkan sekali dengan tahun lahir dan juga tempat dilahirkan sebenarnya boleh memberikan "clue" mengenai banyak perkara terutama kebanyakan orang menggunakan tarikh lahir sebagai pasword kepada ATM kad, laman web pasword, etc.. Sebenarnya kita memberikan pencuri petunjuk untuk mencuri.. So, precaution.. lepas ni tak perlu lah menggunakan tarikh lahir sebagai password..

  • Plan bercuti - Sesetengah daripada kita selalu "update" di Facebook terutamanya tentang vacation planning. Lebih baik kalau nak menunjukkan kita bercuti tu dengan upload gambar selepas balik bercuti. Jangan beritahu bila kita hendak pergi bercuti kerana itu akan memberikan peluang kepada perompak untuk mencuri rumah kita. At first, saya baca tentang ini macam tak praktikal kat Malaysia but it could be happen one day.

  • Alamat rumah - Ermm.. tak praktikal kalau nak letak alamat rumah penuh kat dalam laman sosial. Sebab, adakah anda kenal semua yang berada di dalam "Friend List"?? Sekiranya anda "block" info or else in Facebook just for your Friend it's ok. But practically, it seem given easy way for criminal.

  • Pengakuan terbuka @ confession - Apabila anda main "update" mengenai sesuatu perkara terutama perkara mengenai kerja seperti "i hated the job" or else, akan memberikan kesan negatif terhadap anda juga. Ini kerana, ada yang diberhentikan kerja kerana status di dalam Facebook. Perlu bukti ...lihat artikel ini seorang polis di West Allis diberhentikan kerja akibat status di facebook . [tekan sini]. Actually this thing happen too in Malaysia coz my friend also had tell the same story happen in her workplace last year. So, lepas ni hati-hati la nak update status tu yer..

  • Password Clue - Sekiranya anda mempunyai online account, selalunya anda akan diberikan soalan keselamatan seperti nama ibu, apa lagu kesukaan anda, your favourite color, sport team etc. Actually, kadang-kadang kita main update info kat Facebook or other laman sosial dengan info yang banyak memberikan maklumat tentang diri kita sebenarnya memberikan clue kepada sesetengah orang untuk hack our online account.

  • Perlakuan bahaya - Yang ni saya tak berapa pasti sama ada syarikat insuran kat Malaysia membuat searching thru social web. Sesetengah daripada kita ada menginsurankan kereta, nyawa dan sebagainya. Kadang-kadang kita selalu nak tunjuk "hero" saje je update status kat Facebook dengan menceritakan tentang kehebatan race kat jalanraya atau membawa kereta dengan cara yang merbahaya. Ini kerana melalui kajian oleh Insure.com, kebanyakan orang insuran akan membuat searching thru the web sama ada pelanggan mereka meletakkan diri mereka atau barang yang diinsuran dalam keadaan merbahaya. So, when it get proof from Facebook or else, claim yang dituntut akan terbatal.. Dah rugi tu.. huhuhuhu

Kesimpulannya, BE CAREFUL dengan apa-apa maklumat yang ingin kita kongsi di laman web sosial. Memang laman web sedemikian banyak memberikan keseronokan, namun dalam kita berseronok berhati-hati dengan info dan maklumat yang boleh membahayakan diri kita sendiri.

1 comment:

~ ReD ~ said...

betullah...hmmm..kdg2 tu x perasan pun ruanya tindakan kita tu mdtgkan bahaya secara x lgsung

21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh (Bhgn 1)

21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh (Bhgn 2)

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe