Social Icons

Pages

Friday, May 21, 2010

KEPUTUSAN....

PENING... PENING..PENING

Itu ayat yang selalu keluar apabila kita dilanda masalah ataupun perlu memikirkan sesuatu penyelesaian masalah. Bukan senang untuk melakukan satu keputusan apatah lagi jika keputusan itu melibatkan manusia.

Apabila sesuatu keputusan melibatkan manusia, pelbagai kerenah dan ragam akan kelihatan, Bila tak puas hati dengan keputusan tersebut, mulalah keluar perangai pelik-pelik dari mereka.. Bermula episod sakit hati, dendam-mendendam dan sebagainya.. Lagi teruk bila ada yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memuaskan hati dan membalas dendam kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Keputusan yang melibatkan emosi lagi mengharu birukan keadaan. Apatah lagi bila terpaksa membuat sesuatu keputusan dengan tergesa-gesa tanpa berfikir panjang dan mengikut emosi boleh menyebabkan pelbagai masalah akan timbul. Dari situ mula lah timbul keputusan berat sebelah, tak fikir orang lain dan sebagainya.

Sesuatu keputusan itu boleh merenggangkan perhubungan sedia ada yang bukan sahaja perhubungan antara majikan-pekerja, rakan malahan ada yang sanggup membuang keluarga demi satu keputusan yang kononnya membawa kebahagiaan dalam hidup mereka..

Bagi aku, aku juga sukar membuat satu keputusan apatah lagi melibatkan perasaan dan maruah orang. Bukan senang nak melakukan satu keputusan tapi kadangkala kita terpaksa akur untuk melakukan sesuatu yang menyakitkan hati sekarang demi kebaikan masing-masing pada masa akan datang.

Bukan senang nak menghadapi segalanya.. tapi apa boleh buat.. Walau macam mana pahit, sakit dan perit satu keputusan itu kita kena akur dan terima. Sebab mungkin bukan ini rezeki kita dan mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi yang Tuhan belum tunjuk lagi.

Walau apa yang terjadi, kita kena akur dan menerima dengan hati yang tabah dan tenang. Tenangkan emosi dan fikir sedalam-dalamnya daripada keputusan itu. Jangan bersikap terlalu ego dan pentingkan diri sendiri hingga satu hari nanti kita akan kehilangan apa yang ada. Hadapi segalanya kerana itu akan mematangkan kita di masa hadapan. Jangan mengalah dalam hidup ini demi satu keputusan yang mengecewakan itu.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe