Social Icons

Pages

Sunday, January 10, 2010

AJL 24 milik Aizat....

Berakhir penantian untuk Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24) sebentar tadi dan juaranya adalah Aizat dengan lagu Pergi. Persembahan lagu yang amat syahdu dengan bait-bait lagu yang sungguh indah serta montaj yang mempersembahkan tokoh-tokoh negara yang telah pergi menggungguli pertandingan ini. Aizat juga memenangi persembahan terbaik melalui lagu Kau Aku yang menampilkan pelajar sekolah sebagai propnya untuk lagu tersebut.


Dan tak disangka, tempat kedua dimenangi oleh Yuna dengan lagu Dan Sebenarnya. Persembahan yang amat bersahaja. Permulaan lagu dengan diiringi piano kecil tetapi sangat menghiburkan. Tempat ketiga dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Bencinta. Ramai yang meramalkan lagu ini akan menjadi juara, apa pun persembahan Faizal Tahir memang best!!! Walaupun sakit tapi masih gah untuk membuat persembahan hebat. Memang nampak dia sakit sewaktu di atas pentas tadi.


Vokal terbaik, dimenangi Black dengan Aku Cinta Sayang Kamu. Vokal Black tak dinafikan memang hebat dan tak ramai penyanyi mempunyai suara sebegitu tinggi seperti Black. Apa pun persembahan semua peserta memang hebat. Pembukaan juara lagu yang diserikan oleh Dato' Siti Nurhaliza bersama Azlan & The Typewritter dengan lagu Lagu Untukmu sangat menarik. Persembahan sementara menunggu keputusan memang best dengan persembahan yang menampilkan muzik dari era Jeffry Din, ke era Jay Jay, Search dan terakhir era indie yang dipersembahkan oleh Meet Uncle Hussein.



Bagi aku persembahan AJL ke 24 tadi memang mantap. Tahniah kepada yang menang dan yang lain boleh cuba lagi tahun hadapan. Tahniah kepada Aizat. Lagu Pergi tersebut telah didedikasikan kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad oleh komposer. TAHNIAH!!!!!

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe