Social Icons

Pages

Wednesday, December 30, 2009

goodbye 2009 welcome 2010

Hari ni penghujung tahun 2009 yang akan menutup tirainya tepat jam 12 tengah malam ni.. Dan 2010 menjelma untuk membuka tahun baru yang penuh dengan seribu rahsia dan persoalan yang mungkin kita jangka atau tak terjangka. Cuma pengharapan dan doa di sebalik tawakal kepada Yang Maha Esa moga segala usaha tercapai hasil dan moga hidup diberkati oleh-Nya.


Sorotan kembali kisah 2009 di dalam kanvas kehidupan aku.


Dari aspek pekerjaan memang menyaksikan perubahan yang amat ketara sekali. Tahun ni menyaksikan perpindahan dan pertukaran kerja aku sebanyak 4 kali. Permulaan kerja di KFC kemudian bertukar kepada VADS, anak syarikat TM. Selepas 2 bulan, join ASTRO pulak atas faktor benefit lebih baik dari VADS dan menawarkan jawatan tetap selain gaji yang tinggi. Tak sampai 3 bulan, tiba-tiba dapat result interview government aku berjaya. Aku memang sayang nak tinggal ASTRO sebab environment best tapi disebabkan faktor-faktor lain dan juga bukan senang nak masuk government service so aku decided join service. Join service first posting kat ILKAP. Tak sampai 2 bulan duduk kat ILKAP then aku bertukar ke KKR. Hingga ke saat ini, aku masih lagi di sini KKR. Tukar ofis jer, jawatan still same..hehehe


Tahun ni aku kehilangan Pak Long sebelah mak dan ayah aku. Dan sedih, kedua-dua aku tak dapat melawat sebab faktor kerja dan kursus. Pak long sebelah ayah aku pulak meninggal kat Mekah dan terus dikebumikan di sana. Kadangkala macam tak percaya je dia dah pergi..


Tahun ni, baru jer dapat keje government aku kena ragut. Satu perisitwa yang masih lagi menjadi igauan aku hingga ke hari ini. Banyak benda yang aku hilang terutama hard disk yang mengandungi semua data dan koleksi peribadi dan kerja hilang..huhuhuh amat sedih.. dan lagi sedih pabila aku juga kehilangan banyak duit dalam disebabkan oleh kes ni.. Masa tu memang aku hilang kawalan diri sekejap dan lost buat seketika sebab aku boleh kata hilang semua harta kan.. Tapi berkat sokongan family dan kawan-kawan, akhirnya aku boleh kembali kuatkan semangat yang hilang tu.


Selang dua minggu aku kena ragut, accident la pulak!!! Masa tu macam rasa jatuh ditimpa tangga..huhuhuh sedih sekejap sebab memikirkan apa yang terjadi. Kembali menguatkan semangat dengan memegang satu prinsip setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Status???? Masih single dan available lagi.. Tahun ni ramai kawan-kawan baik aku kawin. Tapi seruan tu belum sampai kepadaku lagi..huhuhuh Apatah lagi tahun ni 2 kali putus cinta lagi..uhuhuuh kadang-kadang rasa macam bosan sebab sampai sekarang masih belum jumpa Mr. Right. Takpe kuatkan semangat dalam mencari moga sinar 2010 memberikan rahmat dan mane tau ade jodoh menanti..uhhuhuhu


Bila masuk tahun baru mesti nak tanya pasal AZAM.. ada apa dengan AZAm..huhuhuh Tahun 2010 aku xde azam yang spesifik cuma aku nak buat semua perkara dengan terbaik dan memperbaiki kelemahan aku. Moga tahun 2010 menyinar dengan sinar kejayaan dan hidup lebih diberkati. Amin..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe