Social Icons

Pages

Sunday, November 22, 2009

FaceBook??? Adakah ianya merbahaya???




Baru-baru ini ade terbaca mengenai artikel di dada akhbar tempatan mengenai jaringan sosial Facebook dan sebagainya. Rujuk link di bawah untuk membaca artikel tersebut. Ringkasan melalui artikel tersebut mengenai satu kes di mana Facebook(singkatan FB) boleh mengundang bahaya kepada penggunanya.




Bagi aku penggunaan internet adalah bergantung kepada niat seseorang menggunakannya.. Apa sahaja yang dilakukan termasuklah dari segi online transaction sehinggalah berhibur melalui jaringan sosial adalah melalui kehendak dan niat masing-masing.. Pendek kata Tepuk Dada Tanya Selera Masing-Masing.


Berbalik kepada Facebook ni, sesetengah orang mengatakan bahawa laman sebegini merugikan dan membazir masa. Tapi bagi aku, inilah tempat untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama terutama semasa sekolah dulu. Dari sini juga pelbagai berita dapat dikongsi bersama rakan-rakan. Ianya dapat mengeratkan kembali silaturrahim yang telah terputus kerana berubah haluan dalam memilih hala tuju masing-masing. Ini pendapat bagi orang seperti aku yang telah bekerja dan menjadikan Facebook sebagai platform untuk mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan sekolah, universiti mahupun pejabat.


Dari Facebook juga kita lihat pelbagai lapisan masyarakat mempunyai akaun dari pemimpin negara hinggalah ke pelajar sekolah.. Dari konteks pemimpin melalui Facebook dapat mendekati rakyat dan rakyat pasti boleh memberikan cadangan yang membina melalui jaringan ini. Tak kurang juga, artis juga menggunakan FB ini untuk mendekat mereka dengan peminat. Setiap orang pasti mempunyai pendapat dan sebab tersendiri mengapa mereka menggunakan FB.


Memang tak dinafikan dalam FB ada games yang bagi aku kadangkala boleh membuatkan orang leka. Tapi tak salah bermain games tersebut asalkan pandai mencari masa. Aku sendiri memang main games kat dalam FB tu terutama Farmville dan Mafia. Tapi lebih cenderung kepada Farmville sebab suka sangat main Farmville sebab bercucuk tanam kat ladang versi maya. Bercerita pasal farmville ni, kadangkala topik perbualan bersama rakan-rakan di hujung minggu apabila keluar bersama pasti terselit. Perkara ini kadangkala boleh mengeratkan lagi perhubungan bersama rakan-rakan.


Kadangkala melalui Facebook ini boleh merancang gathering melalui group yang disertai. Pelbagai topik boleh dibincangkan di group tersebut dan berita-berita terkini dan sensasi boleh jua didapati.Ada juga orang bertemu jodoh melalui FB..eheheh


Walaupun ade orang cuba memanipulasikan Fb.. yang penting setiap orang mempunyai sebab musabab mereka.. bagaimana cara menggunakan adalah berada di tangan kita. Kita yang bisa mengadili sesuatu yang baik atau buruk.. Wallahualam..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe