Social Icons

Pages

Sunday, August 2, 2009

Libur...

Semalam bosan-bosan sambil melayari web, pastu housemate pun cuti, kitorang decide nak tengok wayang malam semalam.. check movie G.I joe kat mid start ditayangkan malam semalam dari pukul 8.00malam. Disebabkan masing-masing ade agenda tersendiri di waktu petang, kitorang decide pergi tengok wayang pukul 12.30malam..

Memang best action cerita ni. Cuma ade satu part tu kalau korang tgk dengan mata yang sangat fokus mungkin terperasan satu part dalam lebih kurang 1-2 saat beberapa objek 3D tak berapa kemas furnishing dia..huhuhuh but overall aku bagi 7 bintang.. tak sabar nak tengok sambungan dia..huhuhu Best.. rugi laa tak tengok kat wayang.. Aura dia lagi best dari tengok kat umah atau just download.. huhuhuh

Sebelum masuk wayang, sempat juga pegi makan kat area Bangsar. Kali ni pekena kopi kat Chawan kopitiam. Sempat juga amik shot picture makanan yang sedap kat situ.. Ada masa kawan-kawan boleh laa singgah sini. Yang best nasi lemak, toast dan mee bandung.. Semua jenis coffee ade kat sini..

Last weekend, sempat juga aku meliburkan diri ini ke Negeri Sembilan. Saja melepak kat umah kawan dan kebetulan memang dia nak balik kampung. Kisah kami semua terpegi ke sana sebab tiba-tiba pada satu malam salah sorang kawan aku ni cakap nak ikut. Kami yang gila-gila ni mula la buat plan nak pergi berkelah..huhuhuh At last yang join hanya 5 orang sebab lagi sorang housemate balik keja malam dan kami tak sempat nak bertolak ke sane kalau gerak tengah-tengah malam. Confirm sampai subuh kalau gerak dalam pukul 2-3 pagi.. Kitorang pun tak nak amik risiko sebab laluan balik umah kawan aku ni kena lalu jalan dalam, highway setakat sampai Senawang. Sebab umah dia dah nak sempadan Pahang dan Johor kat area Bahau. Confirm lalu area Bukit Putus.. sape penah lalu situ tau laaa jalan camne dan area nak masuk umah dia pun sunyi dan gelap..huhuhu nasiblaa dalam keta semua kaki karaoke melayan lagu sampai tiba kat umah..huhuhuh xla sunyi perjalanan kitorang..

Hari Sabtu tu pun bermula laa plan berkelah di Ulu Bendul. On the way nak ke Ulu Bendul tu, singgah jap kat Istana Seri Menanti. Macam mana boleh tergerak ke sana??? Huhuhuhu sorang dari kawan aku ni pun cakap "Dah alang-alang kita sampai sini jom la kita tengok". So apa lagi masukkkkkkkk!!!!!!!!

Sampai kat ulu bendul, hujan mula mneyirami bumi. Kami yang tengah kelaparan, start cari makan dulu. Pekena gulai lemak kat satu kedai area ulu bendul tuhh.. Pergggghhh sedap tuhhh.. Makan nasi dengan gulai lemak telur itik.. Kedai tu memang famous dengan masakan gulai lemak.. Nak gulai lemak aper.. semua jenis ader.. So tepuk dada tanya selera anda..

Memang best laaa bercuti kali nie.. Lepak kat umah kawan aku tuhh sambil makan duduk kat pangkin.. Makan-makan buah dan macam biasa masak-masak tu agenda biasa kami.. hope next time kita masih ade lagi trip camni.. uhuhuhuhu i will try to find my time for next holidays.. hehehehe Next... Melaka tunggu kami di sana!!!!!!! hehehehe Cuti-cuti Malaysia...

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe