Social Icons

Pages

Saturday, August 22, 2009

diragut..

peristiwa semalam membuatkan aku menjadi trauma sehingga ke hari ini.. Aku masih lagi merasa perasaan takut seperti ade orang mengikuti aku dari belakang..

Semalam 21 ogos 2009 lebih kurang dalam pukul 6.15 pagi aku telah diragut. Beg aku yang berisi dengan pelbagai barang yang bernilai lebih kurang 1.2k telah diragut oleh seorang lelaki yang aku juga tidak mengecamnya kerana dia telah meragut begku dengan menaiki motorsikal.. lebih sedih aku juga tidak dapat menyelamatkan akaun bank setelah aku lihat bakinya tiada.. dan transaksi telah dibuat lebih kurang sewaktu aku tengah melaporkan kes ragut di balai polis. Sewaktu itu, aku belum sempat nak block semua transaction atm sebab tengah buat laporan polis.. aku akui itu salah aku sebab aku menggunakan no pin yang aku rase orang boleh agak..

Fikiran aku menjadi kosong dan masih terngiang-ngiang dengan apa yang terjadi.,, hari ni macam demam terkejut setelah apa yang berlaku.. Aku kehilangan semua yang pernah aku simpan selama hampir 2 tahun bekerja dan juga hard disk kesayangan yang mengandungi pelbagai kenangan di uitm dan sesetengah dokumen yang penting..

Fikiran aku menjadi lebih kusut lagi.. bukan aku tak nak dengar semua ceramah mereka.. tapi tolong faham keadaan aku juga.. aku juga naik pening nak hadapi semua ini.. aku yang merasai semua itu.. bukan mereka.. tolong faham bagaimana aku nak menghadapi semua itu..

Bila semua no penting dan juga no telefon semua orang aku letak kat dalam handphone dan back up kat hard disk aku jadi tak keruan.. sebab aku dah hilang semua no contact kawan-kawan dan juga no contact penting..

hidup tersa seperti gelap seketika sewaktu ini.. aptah lagi aku baru start keje ngan govt.. gaji memang tak masuk laa bulan nie.. nak wat camner .. apa pun terjadi aku kena hadapi juga sebab itulah dugaan dariNya.. Untuk memujuk hatiku yang tengah rajuk ni aku sentiasa berpegang dengan ayat ini "Segalanya pinjaman Tuhan kepada aku.. walau macammana aku sayang sesuatu ia akan hilang juga"..

Ya Allah kuatkan aku dalam menghadapi dugaan ini.. Sesungguhnya hambamu ni tidak kuat hati dalam menghadapi dugaan seberat ini..

Kepada rakan-rakan rumah aku .. jasa korang memang aku tak boleh lupa sebab korang tolong aku di waktu aku kesusahan ini.. thanx for all your help.. aku tak tau nak balas macam ner semoga Allah membalas jasa korang apatah lagi dalam bulan yang mulia ini.. Terima kasih banyak2 atas nasihat dan juga sayang korang kat aku.. aku hargai.. maaf sebab aku mungkin tak dapat nak balik duduk sana dalam masa terdekat ini sebab aku masih trauma dengan apa yang terjadi.. mungkin satu masa lain aku akan kembali ke sana..huhuhuh

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe