Social Icons

Pages

Friday, July 31, 2009

customer service proffesional job

Sesetengah daripada kita sebelum ini tidak tahu pun yang bekerja sebagai Customer Service di contact center sebenarnya adalah salah satu daripada golongan pekerjaan professional.

Ini kerana, kita menganggap pekerjaan setakat mengangkat telefon dan menyelesaikan masalah pelanggan sebagai low class job. Adakah anda benar-benar tahu apakah perbezaan antara operator dan customer service executive?? Kalau diikut dengan range of salary pun banyak beza dan dari segi job task pun sangat berbeza. Yang sama adalah angkat telefon..

Operator telefon adalah satu pekerjaan yang mereka hanya menyambungkan talian telefon kepada nombor yang ingin disambungkan sahaja. Mereka tidak terlibat langsung dengan customer.

Berbeza dengan customer service executive/officer. Di mana mereka secara langsung akan berhadapan dengan customer. Dan setiap masalah pelanggan akan dicuba selesaikan mengikut troubleshooting yang telah disediakan oleh company. Berhadapan dengan pelanggan bukan suatu pekerjaan yang mudah. Di mana memerlukan sikap kesabaran yang tinggi dan juga kemahiran komunikasi yang tinggi dalam memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah bermutu tinggi dan pelanggan berpuas hati.

Sesetengah graduan universiti apabila ditawarkan pekerjaan sebegini, mereka mengganggap bahawa pekerjaan ini tak standard, tak ikut apa yang mereka belajar. Tapi sebenarnya pekerjaan inilah yang banyak memberikan kemahiran yang saya rasa susah nak dapat di mana-mana. Lagipun gaji tinggi dan kalau nak tahu sesetengah contact center boleh mencapai gaji dan elaun melebihi 3k sebulan. Percaya atau tidak tepuk dada tanya selera anda dan cuba lah tanya mereka yang berada di dalam bidang ini.

Boleh kata kebanyakan syarikat di malaysia terutama yang deal with customer, most of them mesti ade contact center service seperti syarikat telkomunikasi, bank-bank, pengeluar produk contoh seperti Astro, TM, HP, OCBC, HSBC, Intel, Nokia, Maxis , digi dan sebagainya.

Memang sesetengah daripada contact center ini mementingkan penguasaan bahasa inggeris yang mahir. Namun, bagi saya ada yang masih menawarkan pekerjaan ini kepada mereka yang tidak terlalu fasih namun boleh dan berani untuk bercakap dan memperbaiki bahasa inggeris mereka. Boleh kata, sesetengah daripada pekerjaan ini hanya dibuka kepada lepasan diploma dan ijazah.

Walaupun di Malaysia, industri ini dikira baru lagi namun kepentingannya dalam kehidupan seharian warga Malaysia amatlah penting. Ini kerana, dengan adanya servis sedemikian pelanggan boleh menyelesaikan seetengah masalah dengan hanya mengangkat telefon.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe