Social Icons

Pages

Friday, April 10, 2009

Tahniah buat kabinet baru

Tahniah kepada Datuk Seri Najib atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Semoga dengan laungan beliau Satu Malaysia itu dapat dilaksanakan. Harap ianya bukan sekadar janji-janji politik yang dilaungkan sahaja namun dilaksanakan dengan penuh realisasi dan semoga Malaysia lebih berjaya di atas pimpinan beliau.

Dengan pengumuman perlantikan kabinet baru pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah gagasan PM yang ke-6 ini, akan membawa satu perubahan kepada arus pimpinan kerajaaan yang berjiwa keremajaan dan kerakyatan. Bagus juga diadakan KPI kepada para menteri, setidak-tidaknya dengan adanya KPI mereka melaksanakan tugas dan bukan hanya sekadar turun program untuk populariti. Harapan juga agar mereka bukan sekadar menabur janji sahaja, tetapi realisasikannya. Bukan apa, teringat dulu menteri ada berkata yang siswazah menganggur boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan. Namun, luahan hati seorang siswazah dalam akhbar Utusan beberapa bulan lalu yang berkata beliau amat sukar untuk mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan membuatkan hatiku pun terfikir berkali-kali untuk memulakan perniagaan di usia muda.

Bercerita pasal perniagaan, Alhamdulillah akhirnya dapat jua aku mendaftarkan perniagaan. Dan yang kelakar dalam banyak-banyak nama untuk register akhirnya nama blog ni yang menjadi nama rasmi untuk perniagaan aku. Nak tergelak sebab keluarga aku bagi nama banyak tapi nama pilihan aku dijadikan nama rasmi..hehehe Jangan marah!!!! Dah hampir 3 minggu aku bekerja di tempat baru. Setakat ni aku berpuas hati dengan prestasi kerja aku..hehehe Dan tak puas hati sebab sejak akhir-akhir ni aku banyak makan, berat badan makin naik.. wawawawawa.. naik tension.. Tengah berfikir menurunkan berat badan..huhuhuh

Sekarang ni tak banyak masa nak menulis blog. Tak banyak idea dan malas nak tulis sebenarnya sebab balik keje, berehat terus tidur sebab aku sekarang ni ulang-alik dari Puchong ke tempat kerja dan selalunya pukul 6.30 dah tunggu bas..huhuhu Alhamdulillah laman web Alphalipid dah siap. Bagi kawan-kawan nak beli produk Alphalipid boleh kunjungi www.alphalipidbest.com .

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe