Social Icons

Pages

Friday, March 13, 2009

Adakah wajar pemansuhan pengajaran matematik dan sains dalam Inggeris?

Adakah wajar dimansuhkan pengajaran bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik????

Bagi aku waktu belajar di sekolah dahulu tak berpeluang nak merasai pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Namun, peluang melanjutkan pelajaran ke UiTM memberikan aku peluang belajar dalam suasana pembelajaran yang lebih kepada Inggeris.

Sebenarnya, apabila kita mempelajari sesuatu dalam Inggeris lebih senang difahami. Apatah lagi kebanyakan term-term dalam sesetengah matepelajaran adalah sebenarnya dari Inggeris. Apabila ianya translate kembali kepada Bahasa Melayu, jadi tidak kena dengan perkataan tersebut.

Dulu, bila belajar akaun dalam Bahasa Melayu aku akui agak lemah sedikit. Namun, apabila berada di IPTA dan belajar semula dalam B.Inggeris aku mampu lakukan dengan amat cemerlang...hehehehe Bukan memuji diri sendiri tapi contoh je..

Bagi aku sebenarnya, ada baik buruk belajar sesuatu pelajaran dalam Inggeris. Apatah lagi, apabila bekerja nanti selain fasih dalam bahasa ibunda, bahasa Inggeris amat penting(lagi-lagi kerja dengan swasta, sedangkan kerja kat fast food sebagai staff pun kena tahu B.Inggeris kalau tak macam mana nak cakap dengan orang luar).

Contohnya, tadi aku pegi satu interview dan salah satu ujian adalah ujian komunikasi. Walaupun, setakat mengenalkan diri dalam B.Inggeris, namun amat sedih apabila anak-anak Melayu sukar untuk memperkenalkan diri dalam B.Inggeris. Walaupun berkelulusan SPM, tetapi belajar di sekolah B.Inggeris tidak cukupkah untuk berkomunikasi dengan baik walaupun basic English. Amat sedih... dalam interview tersebut lebih kurang 10 orang ditemuduga, hanya 2 orang sahaja lulus ujian komunikasi.. Stakat basic but they didn't have confident to speak up..Itu yang aku geram.. belum lagi aku letak dorang kat depan mat salleh yang tak reti nak cakap melayu..

Bila anak melayu banyak mengganggur, orang tudinng jari kepada mereka kenapa susah sangat nak cari kerja. Orang selalu tuding jari sana-sini, tapi esok lusa kena kat anak cucu sendiri macam mana??? Lain laa kalau mak bapak ade perniagaan sendiri senang anak dah ade kerja tak perlu bersaing..

Bila citer pasal ni, teringat dulu masa keje dalam F&B, aku punya cashier ni mengaku tak reti nak speaking English. Kebetulan kat tempat keje aku tu, kebanyakan pelanggan adalah bangsa Asing dan selalu tak reti bahasa melayu dan kebetulan cashier tu keja waktu tu.. Mula-mula dia panggil aku tolong, tapi tak kan selamanya aku nak tolong kan.. Satu hari tu, aku buat-buat sibuk dan tak tolong dia, aku tengok dia sedaya upaya cakap sampai boleh. Mula hari tu, dia slalu jumpe aku dan belajar cakap dalam B.Inggeris. Hari ni aku bangga dengan dia, siap boleh berbual dengan Mat Salleh dan siap dapat offer keje dek kerana boleh berkomunikasi walau kelulusan tidak berapa baik.

Bagi aku, dengan berfikiran global adalah wajar matapelajaran tersebut diajar dalam B.Inggeris. Bukan aku tidak membanggakan bahasa kebangsaan sendiri, tetapi demi kebaikan seseorang anak bangsa dalam melangkah jauh ke arena antarabangsa adalah perlu fasih Bahasa Inggeris. Adakah cukup dengan mempelajari Bahasa inggeris itu sahaja mereka mampu menguasai Bahasa Inggeris??

Namun, aku akui untuk luar bandar amat sukar untuk dilaksanakan.. Namun, sewajarnya ada usaha untuk mencari alternatif bagaimana untuk memberikan mereka berusaha untuk belajar dalam B.Inggeris dalam matepelajaran tersebut. Memang bila cakap senang.. nak buat susah.. Sewajarnya medium yang menjadi pengantara perlu memberikan sebab-sebab positif kenapa kita kena lakukan pembelajaran dalam English.. Apabila anak murid disogok dengan benda yang baik, mereka akan berusaha untuk memahami perkara tersebut walaupun kena buka kamus.

Fikir pasal kamus, teringat masa mula-mula masuk UiTM dulu. Aku slalu buka kamus nak buat assignment..hehehe Watpe nak segan dengan kamus besar tu kan.. Asalkan aku faham dan ayat betul tulis tu..hehehe

Walau aku dulu bukan sekolah yang berkod luar bandar, tetapi cikgu aku selalu usaha supaya kami belajar dengan baik English. Alangkah bagus kalau dulu dilaksanakan macam tu, macam zaman atuk nenek kita dulu. Mereka lebih fasih berbahasa Inggeris kerana bersekolah Inggeris. Apapun, aku harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe