Social Icons

Pages

Saturday, February 7, 2009

Tahniah Datuk Dr Zambry




Tahniah buat Datuk Dr Zambry di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Perak ke-11. Walaupun kronologi kenaikkannya yang menjadi isu kontrovesi di pihak pembangkang namun itulah nama tuah rezeki yang tidak dinampak orang. Kronologi politik di negeri Perak awal Februari ini menyaksikan tumbangnya sebuah kerajaan di bawah tadbir pakatan pembangkang yang bermula dengan isu kehilangan 2 orang Adun dari PKR.

Amat dikesali apabila sesetengah pihak menimbulkan isu reformasi di perkarangan istana dalam memboikot BN menubuhkan kerajaan mereka. Yang sedihnya apabila emosi dimainkan, kita lihat hanya orang Melayu yang menghadiri reformasi tersebut. Sedarlah wahai bangsaku, jangan hanya melihat sesuatu dengan bermain emosi, apa guna akal fikiran yang dianugerahkan Tuhan dalam menilai sesuatu perkara.

Kalau dilihat dari sudut demokrasi, memang boleh dijalankan kembali piliharaya kecil di DUN tersebut. n€amun, apabila dilihat dari sudut budget yang amat tinggi dalam melaksanakan pilihanraya tersebut dan juga diambil faktor dari sudut undang-undang dalam kuasa Sultan di dalam perlembagaan negeri, Sultan mempunyai kuasa dalam menasihati dan juga memecat MB apabila didapati dia kehilangan kepercayaaan oleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. Rata-rata pendapat para ahli akdemik, penganalisa politik dan juga pihak di bidang undang-undang menyatakan tindakan Sultan Perak memperkenankan Datuk Dr. Zambry sebagai menteri besar Perak yang baru adalah betul di sisi undang-undang.

Walaupun, kita harus melihat apa yang berlaku ini di sudut positif. Kerana sesuatu yang berlaku ini ada hikmahnya. Sewajarnya akal bermain peranan, jangan diikut nafsu amarah dan emosi kerana itu adalah mainan syaitan dalam menyesatkan anak Adam a.s.

Suatu kemenangan bagi warga Pangkor apabila anak kepada seorang nelayan menjadi Menteri Besar mereka hari ini. Semoga dengan kenaikan beliau, Pulau Pangkor dan juga serata jajahan negeri Perak dapat dimajukan lagi. Sedikit info mengenai Menteri Besar Perak ke-11 ini di bawah ini.

  • Dilahirkan pada 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, Perak. Perkahwinan dengan Datin Saripah Zulkifli dikuniakan lima cahaya mata. (3 perempuan dan 2 lelaki).
  • Mempunyai kelulusan akademik di dalam PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995), MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama, MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam dan B Econs (Kepujian) UIAM (1987)
  • Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak. Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas PRU 2004. Semasa rombakan kecil pada bulan September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi.
Selamat menjalankan tugas sebagai MB Perak yang baru.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe