Social Icons

Pages

Sunday, February 1, 2009

Salah ke jadi baik..

Apabila kita baik dengan orang, jujur dan ikhlas berkawan..mengapa perlu disalah tafsir persahabatan tersebut. Aku pun pelik sebab biasa la kita, kalau kawan dalam susah, kita tolong sekiranya kita ada kemampuan nak tolong. Sebab hidup ini ibarat roda.. ada masa kita berada dalam kesenangan dan ada masa kita berada dalam kesusahan. Bila kawan susah dan kita pula dalam keadaan yang senang adalah menjadi satu kebajikan atau tanggungjawab kita untuk meringankan apabila mampu.

Manusia ni bila orang tu baik, mula la sangka orang tu ada udang di sebalik mee. Kononnya ada niat lain. Wallahuallam.. Sedangkan si penipu percaya bulat-bulat. Entah la sukar nak tafsir kelakuan manusia ni kan. Cuma perlu berhati-hati dalam memilih kawan.

Cuma yang menjadi prinsip hidup aku, biarlah menabur jasa pada orang walau tidak dihargai. Walau pahit mana pun, esok lusa mereka akan terfikir mengenai kita balik. Jangan mengharap balasan kepada sesuatu kerana setiap yang kita buat itu mungkin akan ada hikmah di sebalik yang Tuhan nak beri pada kita. Sabar kerana setiap apa yang kita lakukan anggap satu kebajikan dan amal dalam mencari redha Illahi.

Aku ada baca e-book mengenai Passion. Erm one great thing to be shared with all of u. See next post. Adios.. baru lik dari keje, xlarat nak tulis banyak-banyak tapi idea tu da cam gunung..huhuhu

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe