Social Icons

Pages

Thursday, February 19, 2009

memotivasi diri..

hidup ini umpama percaturan dalam menentukan nasib kita di mana.. Salah strategi dan pemasaran diri akan menyebabkan kita akan menjadi kalah dalam percaturan hidup ini. Namun, bukan setiap saat dan setiap ketika kita akan kalah kerana ada masa kita akan mendapat kejayaan. Cuma masa dan saat itulah yang dinantikan.

Orang kata menang kemudian selepas kalah lebih bermakna dalam kehidupan ini. Ye lah dari semangat yang telah jatuh kalah itu membuatkan kita bangkit dalam mencari strategi untuk mencapai kemenangan itu. Kalah di sini bukan bererti kita kalah untuk selama-lamanya.

Dalam al-quran juga ada menyebut, Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya jika tidak mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Dalam erti kata lain kita harus berusaha untuk mencari kejayaan dengan keupayaan dan usaha sendiri. Adalah lebih manis erti kejayaan itu dengan berkat usaha sendiri.

Allah juga tidak akan memberikan sesuatu ujian itu kepada diri kita kalau kita tidak mampu untuk menghadapinya. Memang ujian dari Allah s.w.t itu datang dalam pelbagai bentuk kepada kita. Kita sebagai hamba-Nya harus redha dan tabah dengan segala ujian yang diberiNya. Kerana tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Mesti rakan-rakan pelik kenapa aku tulis post sedemikian.. Aku tulis sebab aku mula merasakan kebenaran tiap sesuatu berlaku itu ada hikmah. Pernah aku bercerita dengan seorang rakan yang agak rapat sewaktu aku di bangku sekolah, perbualannya lebih kurang seperti di bawah.

D (aku ) : Aku pun tak tahu kenapa aku masuk F&B. Sedangkan dulu aku belajar lain.

B (kwn) : Ko jangan salahkan takdir kenapa ko masuk bidang tu. Mesti ada sebab Tuhan memberikan kau ruang pekerjaan di situ.

Aku menceritakan sedikit kisah mengenai kisah pahit manis aku dalam F&B. Dugaan yang aku lalui sepanjang aku bertugas.

B menasihati aku " Mesti ada hikmah di sebaliknya. Mana tau dengan kemahiran kau belajar kat situ kau akan buka perniagaan ker, apa ke."

Aku bersetuju dengan pendapatnya pada ketika itu. Namun, aku menjadi tersentak apabila suatu hari mak aku dengan nada serius mengajak aku untuk membuka perniagaan yang lebih kurang menjurus ke arah bidang tersebut. Tiba-tiba aku terus teringat kata-kata kawan aku B ni.. dan aku mengakui kebenarannya.

Sekarang ni aku masih beerbincang dengan mak pasal rancangan tu. Doakan rancangan itu berjaya. Apa rancangan yang dibincang itu biarlah rahsia.. bila dah jadi kenyataan satu hari nanti aku akan war-war di blog ini. Itulah sedikit plan untuk rezeki family.

Apa pun dalam melaksanakan sesuatu kita mesti ikhlas. Ikhlas tersebut biar dari hati. Biar tak terucap zahir namun ikhlas yang hadir dari hati akan terpancar jua satu hari nanti.Aku berpegang dengan kata-kata itu bila aku membuat sesuatu.

Biarlah orang selalu mempertikaikan apa yang kita buat. asal niat di hati baik maka satu hari kebenaran akan ternampak jua. Bak kata orang budi baik biar dibalas baik. Kejahatan dibalas dengan tenang hati melalui kebaikan. Satu hari orang akan merasakan kejahatannya sia-sia dan kebenaran itu akan melawannya dengan baik hingga dia sendiri datang memohon maaf atau tersedar salah sendiri.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe