Social Icons

Pages

Friday, February 13, 2009

Geng The Movie Best.. Rugi tak tengok



Semalam, aku berkesempatan menonton filem animasi Geng The Movie: Pengembaraan Bermula di The Summit, USJ. Penonton agak ramai dan amat mendapat sambutan pada hari pertama filem ini ditayangkan.

Sebuah kisah animasi 3D yang amat menarik dari segi jalan cerita, persembahan, teknik penatacahayaan dan boleh kata kartunnya amat comel. Cerita bermula dengan kisah hantu durian yang ditonton oleh Badrul dan Lim di TV. Kebetulan, dusun atuknya yang diserang hantu durian dan mereka pun telah merancang untuk pulang ke kampung atuknya. Pengembaraan mereka bermula apabila mereka ke dusun atuknya.Cerita ini diceriakan dengan telatah upin dan ipin yang amat comel dan agak nakal. Budak kecil yang tak takut apa-apa kata kawan aku sewaktu menonton filem berkenaan.

Boleh kata persembahan filem animasi tempatan paling bagus walaupun hanya mempersembahkan jalan cerita yang agak simple dan mudah. Namun, garapan dan teknik 3D yang dipersembahkan menjadikan filem ini menarik dan kesemua latar belakang dalam filem ini nampak seperti macam betul-betul. Boleh kata dari awal hingga akhir cerita penonton akan tergelak dan geli hati dengan telatah yang dipersembahkan oleh mereka terutama si kecil upin dan ipin.

Aku tabik hormat kat dengan kerja anak muda tempatan kita dan semoga filem ini tercapai sasaran mereka iaitu 10juta. Filem animasi yang setanding dengan animasi keluaran luar negara dan hope ada lagi filem ini pada masa akan datang.

Kat kawan-kawan pergilah tengok filem ini di pawagam. Kesan 3D dan sound system wayang akan membuatkan anda seronok melihat cerita ini di pawagam daripada anda menuggu untuk lihat VCD di rumah. Walau dalam ekonomi yang lembab, apa salah menyokong produk animasi yang berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh anak tempatan. Aku kasi rating 5 star untuk filem ini. Tengok.. jangan tak tengok..

Aku imgat nak tengok lagi kat pawagam..hehehehe Ntah sebab best sangat dan kawan2 aku pun setuju nak gi tengok lagi..!!!!

Info untuk filem ini boleh layari www.gengthemovie.com. Ada macam-macam boleh anda dapati di sini dan boleh download wallpaper yang menarik untuk laptop/pc anda.

P/s : SOKONGLAH FILEM TEMPATAN KALAU BUKAN KITA NAK SOKONG SAPA LAGI..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe