Social Icons

Pages

Wednesday, February 18, 2009

Acuku tunang juga...

Hari ahad lepas, mak usu aku akhirnya bertunang juga dengan jodoh pilihannya. Dalam family abah, acu ngan Pak Su (adik lelaki abah) yang tak kahwin. Acu ni kira bertemu jodoh dalam umur lebih kurang 40 tahun dengan duda anak lima.

Sepupu aku siap cakap acu kawin dapat pakej. Kahwin dah ade anak siap ade cucu sekali. Tinggal 3 orang anak je yang tak kawin. Tak silap aku. Itupun anak lelaki nak kawin juga dalam tahun ni. Salah sorang sepupu aku siap cakap muka bakal pak cu kitorang tu macam muka orang arab. Hehehehe.. Tadi pegi umah dia siap suh aku tolong cari pakej nak gi honeymoon...hehehhehe

Ermm yang jadi bosan bila dorang duk pekena mak aku sebab belah abah, aku aku paling tua anak buah yang belum kawin. Semua duk suruh aku jadi pengapit acu sebab dorang kate dulu acu jadi pengapit salah seorang anak buahnya.. tup..tup..tup.. kuar berita dia nak kawin. So dorang kasi cadangan suruh aku jadi pengapit dengan harapan lepas ni aku yang akan kawin.. huhuhuhu Siap letak bunga rampai kat tangan aku dengan harapan cepat-cepat aku kawin.. Mak aku senyum je.. Aku senang je jawab tunggu la lagi 2 tahun tak pun tunggu adik aku kawin dulu..hahahahha biasa laaa jawapan selamat dan malas nak komen lanjut..

Ermm sekarang ni malas nak fikir pasal kawin ke ape ke.. hahhaha biasa laaa jawapan orang baru putus cinta.. Aku berserah je pada Tuhan bila aku akan kawin.. mana laa tau esok lusa aku kasi kad jemputan.. baru laa best skit kasi gempar tiba-tiba nak kawin.. Bab nak kawin ni bukan senang sebab memanglaa akad tapi di sebalik perkahwinan itu perlu tunaikan satu tanggungjawab. At least kenalaa bersedia sepenuhnya sebab salah satu punca perceraian adalah tanggungjawab sukar nak ditunaikan. Biarlah perkahwinan yang dibina kekal hingga akhir hayat dan minta disimpangkan isu perceraian tersebut. Nanti bila dah cerai-berai anak jadi mangsa dan kesian tengok mereka.

Memang kita tak dapat melawan takdir tuhan, tapi sekurang-kurangnya kita ni berusaha laa dalam menjaga kedamaian hubungan kita sesama manusia. Hubungan juga satu ibadah tetapi jangan pula disalah anggap. Nanti aku kata hubungan ni satu ibadah karang banyak laa pulak wat hubungan sana sini tanpa batas. Hubungan sesama manusia yang dianggap ibadah adalah hubungan yang berlandaskan konsep Islam dan tahu batas-batasnya. Contoh hubungan baik sesama jiran, sesama kawan-kawan pejabat, hubungan kekeluargaan dan sebagainya yang merapatkan ukhwah dan silaturrahim.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe