Social Icons

Pages

Saturday, January 24, 2009

Jangan boikot KFC...

Semenjak kebelakangan ini isu memboikot barangan ke atas Israel telah menjadi satu isu panas di Malaysia. Aku ingat isu ini hanya biasa sahaja, namun isu ini menjadi hot dan panas seperti pisang goreng di mana aku tidak menyangka ianya benar-benar menjadi. Ternyata apabila Mc D di salah satu tempat area tempat aku pernah bekerja tutup pada waktu lewat malam yang sebelum ini buka 24 jam..

Yang lagi sedih apabila orang mengaitkan juga KFC dalam senarai barang-barang perlu diboikot. Ini ternyata apabila aku mendapat e-mail dan juga buletin di friendster, my space yang menyatakan isu yang sama. Tujuan aku menulis isu ini bukan kerana ingin mempertahankan sesiapa atau mana-mana organisasi tetapi aku bangkit untuk menerangkan sesuatu yang aku rasa perlu. Apatah lagi KFC pernah memberi aku periuk nasi kepada aku suatu masa dahulu.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian KFC yang berada di Malaysia ini adalah hak milik sepenuhnya organisasi orang Malaysia iaitu bernaung di bawah Johor Corporation dan saham KFC Holding dibeli oleh Kulim (M) Bhd. Di mana kalau anda semua ingin tahu Tan Sri Muhammad Ali hashim ini juga Naib Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM). Kalau tak percaya bolehlah lihat di laman web JCorp, QSR Brand.

Untuk pengetahuan semua, semua bahan-bahan atau produk KFC ini adalah made in Malaysia. Mana aku, aku tahu bukan aku dari mulut orang tapi dari kacamata sendiri dan pergi ke semua kilang yang buat produk untuk kfc. Dan ramai yang tidak mengetahui yang sebenarnya di bawah KFC Holding mempunyai restoran KFC bukan sahaja di Malaysia, malahan di Brunei, singapura dan juga di Cambodia. So lepas ni pegi singapura dengan Cambodia boleh makan KFC sebab Halal. Di bawah KFC malaysia juga bernaungnya Pizza Hut, Rasa Mas, Ayamas, Life (sos tomato dan chili) dan juga kilang bakery. Boleh kata kesemua produk untuk barang KFC adalah dibuat di Malaysia dan hanya KFC membayar royalti kepada YUM (rangkaian yang memegang KFC di AS) atas nama francais sahaja.

Bagi saya, KFC memang menitik beratkan pengguna. Benar, sebab saya sendiri pernah bekerja di bahagian operasi restoran Pizza Hut dan juga KFC kerana jika pelanggan complaint tentang makanan mereka mengutamakan pelanggan sehinggakan wujudnya pelangggan misteri yang menilai servis mereka.

Kalau benar anda ingin memboikot KFC, saya rasa dalam keadaan ekonomi Malaysia yang lembab ini.. Adakah anda sanggup melihat ramai saudara-mara atau rakan-rakan anda di Malaysia kehilangan kerja atas gara-gara anda memboikot??? Saya tahu anda ingin memboikot atas dasar kita kasihan ke atas kekejaman Israel ke atas umat Islam di Bumi Gaza. Bagi pendapat saya sebelum anda ingin memboikot sesuatu barang itu, lihat dulu dari mana produk intu datang.. Kalau benar ianya import dari luar maka wajarlah anda boikot sebab bagi saya wajar untuk masa ini kita membeli barangan buatan Malaysia. Dari memberikan aliran duit keluar baik menaikkan industri orang Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga ada melahirkan pendapat bahawa kalau ingin memboikot pun tolong lah fikir akan orang-orang Malaysia yang bekerja dengan syarikat bekenaan. Kalau banyak company atau syarikat gulung tikar, ermm makin banyaklah warga Malaysia menganggur. Da la isu graduan menggangur pun belum habis-habis lagi.. inikan pula perkara demikian terjadi.. kesian lagi kalau yang mengganggur tu pula kena sara keluarga.. Please think by make yourself at their shoes.

Dulu pernah juga orang mempertikaikan Halal ke KFC??.. Aku sendiri pernah melihat sendiri ke kilang Ayamas di Klang dan melihat sendiri bagaimana ayam di sembelih. Untuk pengetahuan semua, aku amat kagum dengan kilang di sana di mana kebersihannya amat perfect dan di setiap restoran KFC satisasi dan kebersihan adalah paling utama dalam operasi mereka selain memastikan mutu makanan yang disajikan mengikut prosedur yang ditetapkan. Sepanjang aku pernah makan gaji dalam industri F&B terutama fast food, KFC memang amat ketat prosedurnya dan boleh katakan kalau pekerja tak nak ikut prosedur KFC boleh dibuang kerja.

So tepuk dada tanya pendapat anda. Be reasonable for whatever thing we want to do. Smart buyer is briliant user. Sorryla kalau pendapat aku ini menjengkelkan sesetengah pihak.

Adios..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe