Social Icons

Pages

Wednesday, October 29, 2008

Unplanned Vacation

last week cuti 25 oktober sampai 26 oktober kerana aku masih ade lagi baki claim public holiday dan offday. macam biasa bila cuti memang aku takkan lepak kat hostel dan memang akan balik puchong. Biasa la jarak perjalanan bukannya jauh dari damansara. Just around 1 jam sampai rumah. Balik hari jumaat macam biasa, penat bekerja pagi tu memang aku akan bantai tido bagi melepaskan penat lelah membanting tulang 4 kerat ni..heheheh

Hari sabtu memang planning nak pegi rumah Beny sebab dia tunang haritu dan aku lak belum lagi datang beraya rumah dia. Aku selalu akan pegi umah dia time raya jer.. lain-lain hari tak berkesempatan sebab bila da kerja ni masa tu selalu jer takde nak melawat kawan-kawan terdekat. bila aku free dia plak tak free. Before pegi umah beny aku teman kawan aku si N ni pegi amik news kat satu kampung pasal jumpa mayat kat sungai. erm aku tak berani nak tengok sebab nanti badi melekat kat badan.. lagipun ngeri gak nak tengok mayat lemas ni..huhuhuh just looking at the picture yang N amik..

Mula-mula nak pegi terus umah Beny, tapi fikir tadi meredah semak-semak tepi sungai baju pun da kotor then kitorang balik kejap rumah bersihkan diri. lagipun tunggu si E ngan adiknye kuar ngan mak dia pun membuatkan kitorang sempat balik umah bersihkan diri sebab janji nak pi umah Beni sekali. Singgah umah E, jumpe mak dia asyik duk tanya kat aku pasal voucher. Nasibla haritu staff aku salah punch aku beli la voucher tu. Ermm malas nak cakap banyak bagi jer voucher kat dalam beg laptop tu kat mak dia.

Sampai umah Beny lebih kurang dekat maghrib. Saudara mara dia pun sibuk tengah kemas umah, kitorang just around 40min kat umah dia. Makan pastu terus balik sebab da Maghrib. tak berapa sesuai la pulak nak lepak lame lagipun N tak hantar berita lagi. aku lak da janji ngan Y nak ikut dia pi karaoke ngan S. Balik lepak kat Bayu sekejap for surfing internet kat situ. biasa la tempat free wireless mesti jadi port utama aku lepak..heheheh internet savvy la katakan ..heheheh walaupun ade maxis broadband tapi da ade tempat surf lagi laju apa lagi guna la kan kemudahan yang ada kan..

Berbalik kepada tajuk posting hari ni... Malam tu pegi lepak kat Bukit bintang karaoke kat KTV Imbi.. Lebih kurang 2 jam juga la kitorang mengasah bakat sambil melepaskan tension kerja. Ni la hobi aku sekarang bila tension kerja pergi karaoke.. Ermm walaupun suara tak sedap tapi bila kita mennyanyi sepenuh perasaan at least tension tu dapat dilepaskan. Setiap orang punya cara tersendiri nak lepas tension.. aku dengan cara ni sebagai salah satu aku melepaskan tension supaya ringan sikit kepala otak aku ni yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang datang tak henti-henti..huhuhuh

Da penat karaoke, then start planning nak pegi hardrock tapi hardrock tutup pulak sebab renovate. so tak tau nak lepak mane malam minggu kan.. planning gi makan kat Mc D bukit bintang sementara pikir nak lepak mane. Ermm mula memang ingat nak makan kat Mc D bila sampai Mc d yang paling bosan aku nak pi toilet tapi tutup plak toilet.. da tau open restaurant kenapa nak tutup toilet.. kalau public toilet tu buka xpe la ni yang tu pun tak buka..so aku lak da la tak tahan nak melepaskan hajat kecil tu pegi kat kfc berhampiran. ermm bila da kat situ, dorang pun decide nak makan kat kfc. Aku pun cuba oven product. Not bad sedap juga..

Lepas makan planning nak pegi genting. saje je nak p makan angin kat genting. balik umah kawan S, hantar kete dorang sebab pegi naik keta Y. Then bila sampai tu, aku pun pikir dari pegi genting baik g PD kan. at least mandi laut lagi best dari main kat genting.. cost pun more cheap than genting. So dorang setuju pukul 5pagi terus gerak ke PD. Lebih kurang pukul 6 sampai kat PD.

sampai jer terus breakfast kat kedai mamak. Lepak kejap kat situ sambil melepaskan penat. Da lak tu satu malam tak tido kesian kat kawan S dia xtido. at least aku ngan Y sempat gak membuta kat belakang...hehhehehe Lepas makan lepak kejap kat Chorus PD..amik angin kat situ kejap sebelum decide nak pegi mandi kat teluk kemang. Aku n Y memang tak bawa baju.. so membeli belah untuk baju mandi dan pakaian nak balik karang.. Terbang RM1++++ duit aku..hhuhuhu xpela sekali sekala pi vacation. Da pula tu vacation malam tu ditanggung oleh S..
Melepaskan ketensionan aku dengan mandi laut sambil main banana boat.. memang best giler unplanned vacation ni...lagi best orang belanje pegi sane.. hehehe.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe