Social Icons

Pages

Friday, September 5, 2008

Ramadhan menjelma lagi...

Hari ini genap 5 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Ermm.. puasa dalam menjalankan tugas sebagai seorang yang bekerja di F&B tidak menghalang aku dari mengerjakan ibadah puasa. Cuma kadangkala amat terkilan apabila kita bekerja di dunia fastfood ni bila dalam waktu pagi dan tengahari tanpa ada rasa segan silu datang orang-orang yang beragama Islam untuk membeli makanan. Bukan aku nak pertikaikan apa, tapi di mana rasa malu mereka apabila orang lain boleh menghormati bulan puasa inikan pula umat Islam tak kan la tak boleh nak menunaikan puasa. Yang beli pun bukan la budak-budak.. kalau budak-budak aku pun faham la situasi mereka yang baru nak belajar puasa.. ini mereka yang bergelar dewasa.. 

Walaupun mereka beli take away, tapi terasa seperti segan apabila SIC aku sendiri yang bukan beragama Islam pun sama-sama puasa dan segan untuk makan minum depan kami. This year raya aku tak dapat cuti, so kerja la waktu raya ni... Sedih memangla sedih sebab tak dapat beraya bersama keluarga namun kerana kerja itu juga satu tanggungjawab terpaksa digalaskan juga. 

Di sini aku juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan aku yang tersurat atau tersirat kepada semua rakan-rakan yang mengenali aku. Semoga ibadah puasa kita diberkati Allah s.w.t.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe