Social Icons

Pages

Thursday, September 11, 2008

Alhamdullillah.. itu yang utama aku perlu ucapkan sebab akhirnya aku confirm kerja kat dalam bidang F&B dan tidak lagi bergelar trainee. Huhu.. bukan senang mengharungi satu bidang yang asing dalam apa yang aku pelajari selama ini. 6 bulan tempoh probation akhirnya selamat ditempuh.. Masa aku wat performance appraisal berhadapan dengan TO dan AM, aku akui masih banyak benda yang perlu aku pelajari lagi dalam mengasah bakat di dalam menguruskan restoran fast food..

Bekerja di dalam industri F&B ini, tidak dinafikan memang stress. Sebab menjaga kualiti makanan kepada customer amatlah penting.. apatah lagi apabila kita perlu berdepan dengan customer yang agak cerewet. Selain tu, dalam bidang fast food susah skit nak cuti ..dalam one week just one day for off day dan bukan weekend la cuti. So kehidupan sosial banyak bersama dengan orang-orang di sekitar kita je la.. Namun, apabila aku wat opportunity cost gaji aku sekarang dan juga kemudahan apa yang aku dapat.. memang berbaloi juga la.. Ermm duit sewa rumah, api air rumah company yang bayar, baju keje tak payah fikir sebab da kena pakai uniform..

Berapa lama aku berada di dalam industri ini aku pun tak tahu sebab aku masih baru masuk alam pekerjaan. Hasrat untuk menyambung pelajaran ke Master ada, cuma masih di peringkat niat dan masih belum tekad untuk melakukan lagi. Dan masih teringat nasihat seorang sahabat (lebih kurang perbualan antara aku dengan sahabatku seperti di bawah) :

K E : " Awak da fikir ke masak-masak nak sambung master apa?"

DD : Emm masih tengah berfikir nak sambung apa. Maybe nak try food service

K E : Kalau awak nak ambik master, awak kena tau apa sebab awak nak sambung dan apa masa depan dengan bidang yang awak amik. Jangan main ambil sebab nanti awak yang rugi. Lagi satu better amik executive program dan awak kerja cari pengalaman dalam 2 tahun untuk apply program tu.

Lebih kurang begitu perbualan yang membuka mata aku kembali, apa yang aku ingin capai seterusnya. Aku perlu ada cita-cita baru aku boleh fikir nak sambung apa. So sekarang ni masih dalam buat survey apa bidang aku nak sambung master.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe