Social Icons

Pages

Wednesday, August 13, 2008

UiTM dan 10% kuota

"Kenyataan Menteri Besar Selangor mengenai cadangan ingin membuka kuota UiTM 10% kepada bukan bumiputera amat memberikan kesan kepada pelajar UiTM. Semalam lebih 5000 orang pelajar UiTM telah berarak ke Bangunan SUK dalam membantah cadangan tersebut. Perarakan yang diberikan nama Perarakan UiTM diHatiku telah dianjurkan oleh MPP UiTM. "
Berita selanjutnya boleh lihat di Utusan bertarikh 11,12 August.

Bagi aku sebagai salah seorang bekas mahasiswa UiTM , aku amat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Apakah tidak banyak lagi universiti di Malaysia ini hinggakan UiTM perlu dibuka kepada bukan bumiputera.. Hari ini kita lihat banyak institusi pengajian tinggi dibuka di peringkat swasta mahupun awam. Semuanya dengan bertujuan dalam melahirkan lebih ramai lagi masyarakat yang profesional dan ianya boleh menampung ramai pelajar yang dahagakan ilmu.

Kononnya dengan membuka UiTM kepada pelajar bangsa lain dapat memberikan lebih banyak saingan kepada pelajar bumiputera. Harus diingat bahawa kebanyakan tokoh korporat di negara ini kebanyakannya lahir daripada produk UiTM dan juga mereka yang mengharumkan negara seperti ke kutub Utara, bermotorsikal jelajah dunia, berbasikal jelajah dunia dan juga menawan Gunung Everest adalah produk UiTM. Tidak cukup lagi, jika dilihat peratusan graduan daripada UiTM menunjukkan bilangan peratusan yang terrendah menganggur berbanding IPTA lain.

Kalau ingin dikatakan bahawa cita-cita UiTM untuk menjadi Universiti bertaraf dunia dan salah satu ciri-ciri hendaklah mepunyai lebih kurang 10% pelajar asing ataupun kaum lain. Sebenarnya UiTM telahpun membuka pintunya kepada pelajar asing dari Mesir, Arab Saudi, Indonesia dan sebagainya di dalam bidang kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Cuma peratusan mereka ini ditingkat dari semasa ke semasa memandangkan Uitm telahpun menggariskan beberapa fasa dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi Universiti bertaraf dunia. Hari ini ianya baru melepasi fasa yang pertama dan untuk mencapai hingga fasa yang keempat ianya mengambil masa sehingga 2020. Bagi aku tidak mustahil UiTM boleh menjadi universiti bertaraf dunia cuma setiap orang perlu memahami peranan masing-masing dan juga melaksanakan impian ini.

Berbalik kepada cadangan MB Selangor ni, aku pun terfikir ianya berbaur politik memandangkan pilihanraya Permatang Pauh semakin tiba. Yelah kan pilihanraya Permatang Pauh adalah pilihanraya paling "hot" sekali pada masa ini. Satu kerusi Parlimen paling hangat dan pilihanraya ini menentukan adakah Anwar kembali ke Parlimen. Rata-rata mengatakan peluang Anwar tinggi namun kita tunggu dan lihat siapa yang menang.

Aku amat berharap agar MB Selangor ni fikir sehabisnya. Kerana UiTM adalah tembok terakhir penyelamat bangsa Melayu. Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga rosak. Aku tak nak lihat nasib UiTM seperti MRSM dan yang lain tu kerana sayang kalau UiTM dibuka kepada orang lain. Ke mana anak bangsa Melayu yang kurang bernasib baik dapat melanjutkan pelajaran.. Bukan semua Melayu itu mampu untuk menanggung anak mereka di IPTA kalau bukan di UiTM universiti paling terrendah kos pengajian.

Aku amat berterima kasih kepada UiTM kerana pengalaman dan pendidikan yang diterima. Tanpa UiTM siapalah aku..hehehehe Uitm di hatiku la katakan.. Buat rakan seperjuangan MPP teruskan perjuangan anda dalam memartabatkan bangsa kita. Lakukan yang terbaik dalam usaha anda. Tuhan akan sentiasa membantu orang yang ikhlas dalam perjuangannya.

1 comment:

Anonymous said...

ko yakin ke uitm plr sikit menggangur?cek blk statistik oii...

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe