Social Icons

Pages

Wednesday, July 16, 2008

Apakah kita menjadi seorang rakan yang setia dan juga rakan yang karib kepada rakan kita??? Satu persoalan yang aku rase sukar untuk diberikan jawapan paling tepat kerana setiap orang mempunyai tahap kepuasan tersendiri dalam menilai persahabatan mereka. namun, sukar untuk kita menilai siapa rakan karib kita yang sebenar..€.

sebenarnya bagi aku.. untuk menjadi seorang rakan yang benar-benar baik amatlah sukar.. kerana bukan senang untuk kita memuaskan hati semua orang. hanya mampu untuk menjadi yang terbaik setakat mana yang termampu. kadangkala puas kita menjaga hati mereka..bukan sahaja hati dan perasaan rakan malahan kita bersusah payah bersama namun akhirnya mereka jua yang mengkhianati kita. amat pedih rasanya apabila ini terjadi pada kita.. kadangkala rasa dunia ni tidak adil apabila kita benar-benar jujur dalam persahabatan tetapi senang benar mereka menikam kita dari belakang.. Pedih dan kecewa kan... namun hakikat itulah yang sering terjadi dalam persahabatan..

perkara sedemikian membuatkan ramai orang berhati-hati dalam memilih rakan.. perasaan tidak percaya mudah sahaja hadir apabila kita pernah menghadapi situasi seperti tadi. biasalah bukan senang untuk memahami isi hati seseorang.. apatah lagi gerak geri mereka.. kadangkala nampak baik di luar namun hati ... uishhh dengki kat orang sana sini.. sanggup menjaja cerita entah apa-apa kat orang lain dan kadangkala melagakan orang..

cuma bagi aku dalam bersahabat biar apa pun orang buat kat kita..janganla kita melakukan perkara sedemikian kat orang lain.. jadilah insan yang berhati mulia.. jagalah baik2 rakan yang ada kerana tanpa rakan hidup akan sunyi.. rakan-rakanla yang menghiasi hidup kita.. walaupun ada duka namun tawa di balik persahabatan itu mampu merawat duka itu.. asam garam kehidupan tidak lengkap hidup tanpa tawa dan duka.

Kanvas kehidupan kita penuh dengan warna-warna kehidupan.. rakan itu antara warna yang mewarnakan hidup kita..walau apa warna pun.. sesungguhnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan sedikit warna dalam hidup dari tiada warna langsung kan..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe