Social Icons

Pages

Wednesday, June 18, 2008

Kejayaan part 1

"Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya"

Manusia selalunya merancang pelbagai perancangan untuk kehidupan mereka. Bukan salah untuk merancang kerana setidak-tidaknya kita mempunyai satu matlamat ataupun objektif untuk dilakukan di dunia ini. Sejak dari kecil lagi kita diajar mengenai "Cita-cita" di mana satu matlamat apabila sudah dewasa apa yang ingin kita capai ataupun siapa kita apabila dewasa.

Namun, kadangkala setiap perancangan itu tidaklah menjadi ataupun dapat dicapai. Ini kerana, pelbagai halangan dan juga rintangan perlu dihadapi yang memungkin matlamat tersebut tidak tercapai. Apabila terjadi perkara ini, ianya boleh melemahkan semangat dan juga motivasi kita kerana kita merasa kecewa tidak dapat capai matlamat tersebut. Apatah lagi apabila ianya menjadi satu harapan bukan sahaja kepada kita tetapi harapan daripada orang yang kita sayang terutama seperti ibubapa, suami, isteri dan sebagainya.

Perkara sedemikian akan menyebabkan seseorang tertekan dan kadangkala ianya boleh mengganggu kehidupan seharian mereka. Ianya terjadi apabila keadaan sekeliling merendah-rendahkan mereka atas kerana mereka gagal mencapai matlamat tersebut. Keadaan akan bertambah teruk apabila seseorang itu tidak dapat mengatasi tekanan ini dengan baik di mana dia akan mengalami kemurungan, menjauhkan diri daripada orang lain, bertukar sikap dan sebagai. Keadaan sebegini tidaklah baik kerana bukan sahaja boleh mengganggu kesihatan bahkan boleh menyebabkan mereka sanggup untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan situasi yang dialami.

Di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Korea peratus manusia membunuh diri kerana tekanan hidup semakin meningkat. Ini kerana, mereka tidak sanggup untuk menghadapi masalah tersebut dan mencari jalan mudah untuk menyelesainya dengan membunuh diri ataupun dikenali sebagai "suicide". Ianya seolah-olah menjadi trend zaman globalisasi ini dengan keadaan zaman yang serba teknologi dan juga kos hidup yang semakin meningkat.

Apabila dilihat semula perkara sedemikian daripada perspektif agama, kita telahpun diajar bahawa segala ketentuan hidup ini adalah dengan ketentuan Tuhan ataupun "destiny". Di sini kita boleh huraikan di mana kadangkala setiap apa yang dirancang tidak semuanya akan menjadi kerana takdir telah menentukan kita tak dapat mencapai perkara tersebut. Namun, harus dikaji mengapa aku tidak menggapai impian itu ataupun mengapa masalah ini terjadi kepada diri kita. Ini kerana ada hikmah di sebalik kejadian yang kita tak dapat lihat ataupun rasa pada masa tersebut. Kita harus lihat sesuatu itu dengan positif di mana kita harus kaji mengapa aku tidak dapat menggapai matlamat tersebut.

Walaupun kita tahu kita hanya merancang Tuhan menentukan segalanya. Namun kita tidak harus mengalah kepada keadaan kerana kadangkala tuhan itu juga Maha Adil. Tidak semestinya hidup kita ini dilanda kedukaan dan asyik ditimpa masalah. Kita harus berusaha untuk mengubah kerana kadang-kadang masalah itu menjadikan manusia itu lebih berdikari, matang dalam menghadapi kehidupan. Sebab kita tidak akan diuji lebih daripada kemampuan kita.

Dari perspektif pengurusan @ management, ianya membuatkan sesorang itu merancang perkara yang lebih baik apabila berlaku breakdown @ kegagalan di dalam sesuatu perancangan. Ianya kerana, di dalam sesuatu perancangan yang baik adalah dengan mengkaji kelemahan dan kekuatan perancangan tersebut. Jangan takut dengan kegagalan kerana kegagalan juga memberikan kejayaan.

Sesetengah orang menganggap bahawa aku ni memang ditakdirkan untuk dijadikan begini. Pendapat sedemikian adalah orang berputus asa dan juga menyerah pada takdir. Memang kita hidup ini adalah untuk mempercayai takdirnya namun tidak semestinya dia tidak boleh merancang dan juga mempunyai impian. Cuma dia harus tahu yang setiap apa yang kita lakukan mesti ada risiko dan sama ada berani atau tidak untuk menanggung risiko tersebut. Risiko memang tidak dapat dijangka walaupun kita telah mengkaji setiap kelemahan tersebut namun keadaan sekeliling boleh mengubahnya sekelip mata.

Oleh itu, kita haruslah sanggup menanggung setiap risiko yang akan terjadi dalam setiap keputusan. Orang yang berjaya adalah orang yang sanggup menanggung risiko dan sentiasa berfikiran positif dengan apa yang berlaku dalam kehidupannya.

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe