Social Icons

Pages

Saturday, March 1, 2008

Tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi

Besar maknanya di sebalik perkataan tunai tanggungjawab ini. Banyak perkara boleh dikaitkan dengan perkataan ini. Namun di sini aku ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat.

8 Mac 2008 adalah tarikh mengundi bagi rakyat Malaysia dalam menentukan barisan kerajaan yang akan mewakili rakyat dan seterusnya memegang mandat dalam pentadbiran negara. Perkara yang amat penting kerana undi itu menentukan barisan mana pilihan rakyat untuk mentadbir negara Malaysia yang bagi aku begitu istimewa sekali. Ini kerana, pemilihan wakil rakyat amat penting. Sekali tersilap merana selama 4-5 tahun untuk menunggu pilihanraya akan datang. Itu sebabnya sebagai rakyat, perlu mentafsir semua manifesto dan janji-janji calon pilihanraya agar memilih calon yang benar-benar menunaikan janji kepada pengundinya dan bukan hanya omong-omong kosong sahaja.

Sekarang ini pelbagai kempen dijalankan dalam memeriahkan susasana pilihanraya umum Malaysia. Sana sini ceramah dan juga penerangan dijalankan oleh barisan kerajaan dan juga barisan parti yang menentang kerajaan. Adalah amat penting sebagai rakyat untuk memberikan sokongan kepada mana-mana pilihan parti yang menjadi undi di dalam pilihanraya. Namun masih ada segelintir rakyat bersikap acuh tidak acuh dengan pilihanraya dan ada juga yang berpendapat yang buat apa aku nak kisahkan dengan pilihanraya kerana bukan untungkan diri mereka tetapi hanya menguntungkan wakil rakyat itu. Dan ada juga yang malas dan tidak kisah mengenai pilihanraya sehingga tidak turun mengundi serta masih ada yang layak mengundi tidak mendaftarkan diri di SPR.

Bagi orang-orang yang disebutkan tadi, sedarlah kerana ini tanggungjawab anda dalam menentukan pemimpin kita di Malaysia. Tindakan anda hanya mementingkan diri sendiri dan memberikan impak kepada keputusan pilhanraya. INGAT.. tanggungjawab sebagai rakyat yang menentukan proses pemilihan kerajaan di sesebuah negara demokrasi. Tanpa sokongan rakyat, tiada parti ataupun mana-mana individu akan dapat mandat sebagai kerajaan dan juga wakil rakyat.

UNDI ADALAH RAHSIA... JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENGUNDI..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe