Social Icons

Pages

Tuesday, January 22, 2008

Aku membaca artikel ini kat buletin friendster harini..tertarik di hati ini untuk mengposkan artikel ni kat blogku tersayang ni.. manalaa tau ader2 kawan2 terbaca sama-sama kita berkongsi dan renungkan artikel di bawah. Thank to Fini for this article.... Sahabatku..mari kita renungkan isi-isi dan maksud yang terkandung dalam artikel ini...


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat
sebab jambatannya singkat. Usia 25
tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan
untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda
itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.



Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr Right dan biar seorang diri
drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak
beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia
juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila
kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak
mewah) terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar berlipat
ganda.



Ketika anda terperangkap dalam
kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah
baiknya kalau aku hanya menunggang
sebuah motosikal seperti itu dan cepat
sampai ke tempat yang dituju. Padahal
si penunggang motosikal mungkin sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu
kereta di tgh2 bandar raya.



Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,pasti ada
baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik
sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.



Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya jambatan
ke neraka?



Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan
segala impian menjadi nyata?



Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk
bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi
telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi
yang benar2 mengerti tuntutan2nya.



Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-
Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah
terlalu dirisaukan, tiba masanya ia
akan datang menjemput, namun perlu juga
anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang. '




Seorang teman pernah berpesan..
'Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita
pelangi..' '


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin
layu selagi adanya imbas kembali. Hati
yang remuk kembali kukuh selagi
ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit didada...`

P/s : Bersyukur dengan apa yang ada..kerana kita tidak tahu di sebalik apa yang diberikan Tuhan hari ini pelbagai hikmah untuk hari esok... Semua di tangan-Nya..berdoalah untuk kebahagian dunia dan akhirat...Wallahualam..

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe