Social Icons

Pages

Saturday, December 15, 2007

LOG PERJALANAN KE FILIPINA....


Pada 9 Disember 2007 hingga 13 Disember 2007 aku telah diberi peluang untuk ke Filipina bersama-sama 16 orang lagi rakan-rakan daripada Malaysia... Semuanya (delegasi Malaysia) terdiri daripada pelbagai universiti iaitu UUM,UPM,Sal College, UM dan UiTM (aku dan Kay).. Thank You to W-CARP Malaysia (esspecially to Nicholas, James & Dr.Teh) for giving such great opportunity to go Philippines..

LOG PERJALANAN FILIPINA...

8 Disember 2007 :

Pada jam 3 kami diminta berkumpul di PJ.... hrmm masa ni aku sesat nak gi sane sebab kasi alamat pejabat...rupanye kat training house... nasiblaaa pakcik teksi tu baik..huhuhuh sampai2 je kena introduce myself sebab aku lambat sampai and most of participant da intro diri masing-masing... then kitorang kena nyanyi lagu U masing-masing... most of our program mase ni lebih discuss on what will be happen in filipina and some discussion bout persembahan dari Malaysia...

Jam 5 petang... some of us balik ke UPM dan UM sebab diorang tak packing barang dan Samiha & Asyraf (UPM) naik lain flight.... UPM tempah tiket MAS and all of us just tempah Air Asia (Everyone Can Fly Now)... kitorang yang tinggal ni pegi kuar makan (thanx to Yaser Blanje makan) then tukar duit kat bukit bintang.... urggh... susah gilerrr nak tukar duit sebab banyak money changer da habis duit Peso... Nasib baik laaa kat CM ader lagi..huhuhuhuh... then kitorang shopping skit kat Uda Ocean coz ader yang nak beli raincoat, food etc.. back to PJ around kul 9...

Jam 12 tengahmalam...semua tetiba lapar... nak kuar lak takde transport..huhuhuh da la ader anjing kat depan umah tu..semua takut sebab anjing tu ade 5 ekor..hahhahhaa then bincang punye bincang kitorang sepakat nak kuar jalan kaki... nasib baik some of trainer kat umah tu nak kuar so dia hantar kitorang gi kedai makan yang terdekat... hahahah this is my first time makan makanan kat kedai india yang makan guna daun pisang... hrmm yang kitorang kelakar kat sini dia punye pelayan amik order tak pakai kertas..ingatkan dia ingatlaaa aper yg kitorang order..uhuhuhuh 3-4 kali gaklaaa dia datang tanye order kitorang..huhuhuh tak sistematik....HAKIM gak best..hhuhuhuh

9 Disember 2007 :

Jam 300 pagi kitorang da kena siap nak gi airport...huhuhuh baru jer nak tido da kena bangun... Udesh datang ontime...hahaaha dia bising kitorang lambat..huhuhuhu da la tu.. kitorang kena kunci xle kuar... then around 10min Nicholas datang... dalam around kul 330 kitorang bergerak ke KLIA...
Jam 430 sampai kat LCCT.... before check in breakfast kat McD.. hrmmm aku lupa lak time ni pagi..baru teringat nak makan burger..but mana ader sebab breakfast time..huhuhuh Just makan bubur jer.. and some of us makan nasi lemak kat restoran lagi satu... Check in kul 5pagi...
mase ni 1 bad news.... kesian kat Awang... rupa-rupanyer tiket dia 10 Disember...huhuhuhuh same2 grak g airport but kena fly tomorrow... ader teknikal error so dia kena fly esok...sedih gile aku tgk muka Awang mase tu...
Flight ke filipina jam 720 pagi.. so we fly to filipina..... Dalam jam 1130 pagi kitorang sampai kat ClarkField,Filipina.... Sampai jer semua orang lapar..huhuhuh Dalam flight semua bantai tido..huhuhuh Ye larrr semua tak cukup tido...hhehehehehe



kitorang disambut oleh petugas GPF dan naik bas ke Manila... perjalananan dari ClarkField ke Manila around 3hrs... Lame gileer.. Da laa lapar..huhuhuh then kitorang berhenti makan kat satu tempat ni laa... aku pun tak tau tapi dalam perjalanan dari ClarkField ke Manila...
aku ngan Hafiz da redha nak makan jerr aper2 tapi mengenangkan nasib makanan tak semuanyer Halal kitorang just makan salad...Kat Kenny Rogers... Kat sini banyak gilerr fastfood but not all their food Halal..huhuhuhu baru terasa susah nak makan...
Dalam jam jam 330 petang kitorang sampai kat Baypark View Hotel, Manila... Check in hotel and rest for a while... Satu bilik 3 orang... aku satu bilik ngan Nurul, Samiha... hotel ni 3 bintang setengah... aku pun pelik naper ader setengah..huhuhuh tapi hotel ni nice laaa berhadapan ngan 7E and Yellow Taxi Pizza... oklaa sebab dekat nak beli barang2...

suasana kat filipina macam kat sabah dan sarawak... sebab pukul 5 daa nak maghrib and da gelap pun..huhuhuhu kitrong kumpul kul 500 petang for makan malam... sebab kul lapan ader taklimat daripada penganjur pasal social service pada 10 Dis... hrmm mase tu hari hujan renyai..tapi kitorang redah jer... hrmmm susah tul nak cari makanan halal kat metro manila nii... nampak cam halal tapi tak halal..then kitrong jumpe satu restoran nama Faniza Halal Restoran.. kitorang makan nasi goreng jer..huhuhuhu dapat air free heehehhehe 1 pinggan nasi bleh makan 2 orang.. so kitorang makan kongsi2..heheeh 1 pinggan 80peso.. so bile kongsi 40 peso jer la kena bayar..hehehehe lepas makan ader mase sikit... so aku,nurul,asyraf and samiha gi kuar cari plug pin sebab plug pin kat sini tak sama cam Malaysia..jalan-jalan samapai terjumpe satu shopping Mall nama nyer Robinson.. hrmm besar la juga... yang kelakar nak masuk shopping complex pun kena spot check.. gillerr laaa.

8.00 malam briefing for social service yang akan diadakan esok... taklimat disampaikan oleh pihak penganjur dan juga pengarah program di setiap tempat yang akan buat social service tu.. hrmmm bilik kitorang jadi tempat meeting and lepas daa jadi bilik for meeting... secara rasminya bilik aku menjadi bilik rasmi untuk setiap meeting dan breakfast pagi..huhuhuuh terus dilantik AJK Makanan uhuhhuhuh... sebabnyerrr bilik kitorang yang paling besar dan tersorok skit sebab terletak kat depan tangga...

10 disember 2007 :

jam 500 da kena bangun... lagipun pukul 5 da macam kul 6 kat Malaysia... kena bangun awal coz bilik aku kena sediakan breakfast kat kawan2...
jam 700 pagi da kena turun lobi... hrmm kitorang turun on time..but kena tunggu lambat sebab transpotration lambat..coz driver lambat sampai...huhuhuhuh lamer gak laaa tunggu... sambil tunggu macam biasalaaa... semuanye kaki bergambar...pantang nampak tempat pose menarik semua akan posing...hehehehe dan tak sangka kitorang ni diperhatikan... sebab kat depan hotel kitorang adalah Embassy America..

Paling best harini sebab first time pengalaman naik jeepney ..salah sebuah pengangkutan di filipina..jeepney ni kira pengankutan termurah laaa kat sana dan paling banyak orang guna..huhuhuh harini kitorang pergi wat social service kat GK Laura... hrmmm dalam kul 10 lebih sampai kat sana...

bila sampai jerr..macam biasalaaa kata-kata aluan daripada wakil penduduk.... then, kitorang dipecahkan kepada 6 group.. setiap group ader wakil daripada Malaysia,Thailand, Singapore dan Filipina... aku dapat group 1 ngan Asyraf, Yaser dan Nicholas.. Serta 2 orang daripada Filipina... dan seorang daripada Thailand...dia ni lambat datang sebab jeepney sesat..huhuhu
Perkara pertama biasalaaaa LDK.. cipta nama kumpulan,logo,misi dan cheer group...
Then, second task yang kena wat adalah mengambil tandatangan setiap penduduk di situ untuk menyokong Garbage Cleaning... Satu pengalaman yang menarik sebab tak semua penduduk kat situ faham English... Nasiblaa Grace ader.. so dia yang banyak communicate dengan penduduk sana... pastu.. kitorang tolong group lain angkat batu daripada pintu masuk ke tempat pembinaan..huhuhuh kerja memang berat..but fun sebab kerjasama yang erat antara kawan2 dan macam biasalaaa Udesh yang banyak menceriakan suasana...Second task kitorang ialah mengecat rumah ... Aku dapat satu rumah ngan Cit... hrmmm ena cat umah color merah..huhuhuu yang bosan aku ni daa la pendek.. tak sampai nak cat bahagian atas.. pulak tu delegasi Thailand balik awal..huhuuhhu nasib Yaser tolong..hehehehe

jam 3 lebih kami pun berhenti daripada membuat semua kerja... sebab kat filipina around kul 530 daa maghrib.. dan kul 5 daa start nak malam daa.... Majlis penutup telah disempurnakan oleh Mr Samuel Money dan sebelum itu ader sesi tranformation... iaitu satu sesi sharing experience dan what u get from this program... Macam biasa after habis program sesi bergambar..hheheheh

Dalam jam 530 petang kami terus pulang... Dalam perjalanan pulang kami singgah makan di satu medan selera..hrmm aku pun tak tau aper name temapt tu..kitorang main ikut jerr... Paling respsect ngan dorang sema ni.. disebabkan kami ni mementingkan makanan Halal.. mereka telah membeli udang dan sotong kat pasar then minta mereka masak ala ala makan macam Thai yang boleh dimakan oleh orang Muslim.. Sementara nak tunggu makanan siap dimasak aku,hafiz,samiha,asyraf dan nurul try makan Buko jumbo... Buko ni dalam bahasa tagalog dalam Bahasa Malaysia Kelapa... Sedap tau... Minuman ni air kelapa muda yang dicampur dengan pelbagai buah-buahan di dalam kelapa tu... dia macam ala ala Lai Chee Kang.. tapi banyak menggunakan buah-buahan segar... Balik sampai hotel pukul 930 malam... mula-mula Nicohlas kate ader meeting but meeting batal...
So bila meeting batal... aku ngan samiha kuar jalan-jalan ngan Udesh,Kay dan Awang.... Sajer jalan-jalan malam sekitar bandar berdekatan hotel.. banyak pengalaman yang aku dapat sambil jalan-jalan di sana.. (Tunggu blog seterusnyaa Pengalaman Di Filipina... ni just log perjalanan sahaja..)

11 Disember 2007
Sepatutnya dalam penerangan mase kat Malaysia kitorang join some conference.. Tapi hari ni kitorang still lagi akan melakukan social service... Hari ni kami telah dibahagikan kepada 2group.. Separuh daripada kami akan melakukan social service kat Barangay Culiat (Perkampungan Masyarakat Islam di Manila) dan satu lagi Kampung yang majoritinya penduduk kristian... hrrmmm bagi kami perbezaan agama bukan penghalang dalam menjalankan tugas-tugas amal kami..huhuhuhu Aku amat bernasib baik kerana Nicholas memberikan peluang kepada aku,Nurul, Samiha, Asyraf,Yaser dan Dara untuk ke Perkampungan Islam tersebut.. so kitorang dapat merasa 2 pengalaman yang berbeza sebab semalam kitorang wat service kat perkampungan yang majoritinya beragama kristian dan hari ini kat Muslim Compound..



Hrmm best laaa wat service kat tempat ni.. sebab delegasi Malaysia dapat layanan first class..heheheh bukan aperr sebab delegasi Taiwan dan Mongolia tak semua fasih berbahasa Inggeris dan ini menjadi penghalang skit bagi mereka untuk rapat..but ianya bukanlaaa menjadi batu penghalang bagi kami untuk berkomunikasi dengan mereka sebab kita masih boleh berkomunikasi dengan menggunakan body language..hehehehe hrmm satu pengalaman yang menarik..huhuhuhhu yang lagi kelakar kat sini.. Nurul memang balas dendam makan laaa.. kitorang memang rase selamat skit makan kat sini.. yelaa sebab kawasan Muslim so rase makanan Halal tu memang merata la kat sini... Hari ni kitorang wat kerja-kerja mengecat masjid dan separuh daripada kumpulan yang wat kerja service kat sini membersihkan sampah sekitar kawasan tempat berkumpul..

hari ni kami balik awal.. dan kerja social service lebih ringan daripada semalam.. dalam pukul 4 lebih daa balik dan around pukul 630 petang da sampai hotel.. huhuhuuhh so kitorang semua sepakat nak gi shopping kat Robinson Shopping Mall... hrmmm salah sebuah shopping mall yang berdekatan dengan hotel.. so malam tu aku shopping habis sebab esok memang da sempat nak shopping sebab ader event sampai malam..huhuhuh banyak gak yang aku beli.. hrmm biasalaaa souvenir untuk family dan rakan-rakan rapat.. aku sempat membeli some stuff untuk pergi ke jepun sebab murah laa beli kat filipina daripada Malaysia..hahahaha paling best beli gelang mutiara... kat Sabah around RM30 lebih kurang camtu laaa.. tapi kat filipina aku dapat dengan harga murah.. original sebab aku dah diajar macam mana nak tau tiruan dan ori..hehehehe

12 Disember 2007

Harini kitorang akan ke Manila Hotel untuk Collegiate Ambassador for Peace Appointment peringkat international... hrrmmm for this ceremony Udesh yang dapat appoinment for CAP.. Ceremony dalam tengahari da habis and kitorang kena balik hotel untuk tukar baju bagi Global Peace Festival Parade kat Rizal Granstand..(lebih kurang camtu laaa nama tempatnyer)

Petang tu start kul 2 kitorang join CAP filipina punyer perbarisan...Delegasi Malaysia campur Taiwan dan Mongolia berbaris di belakang Mr & Miss University.. seronok dapat join satu parade ala ala cam Merdeka Parade kat Malaysia.. Malam lepas habis program kitorang lepak kat Yellow Taxi pizza.. hrmm besar giller pizza dia... Thanx for Yaser blanje makan mase tu..Thanx a lot...

13 Disember 2007
hrmm jam 6pagi da kena check out from hotel.. fligt kul 11pagi... so perjalanan daripada manila ke clarkfield dalam 3 jam.. sampai kat airport kul 9 pagi lebih... check in then makan2 kat airport..lebih kurang kul 3 aku sampai Malaysia.. penerbangan balik awal 1jam daripada yang dijangkakan.... then aku and kay balik ke rumah terus sendiri dan tidak bersama mereka naik bas UM... huhuhuhuhuh best da balik Malaysia

No comments:

 

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of avlcreative.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SorrY!! goMenDasaI.. Maaf.. Atas kecelaRuan Bahasa Yang digunakan.. Saya menulis mengikut keselesaan dan ayat2 yang terkeLuaR di waktu itu..hehehhehe