Pergghh!!!!! Bercuti sakan aku 2 hari ni.. Lagi-lagi gaji dah kuar..uhuhuhu Shopping time!!! hehehehe Nak kate shopping sangat tu tak la, aku just gi beli barang-barang keperluan dan stok-stok makanan coz gaji kuar awal, then next month kayap!!! huhuhuh persediaan awal..hhehehe
Smalam gi la TESCO kat puchong, sangatlah ramai orang. Almaklum la CNY dah nak dekat, then semua hypermarket buat harga runtuh potongan sana-sini... so ramai laahhh yang bershopping smalam.. Sampai trolley 2 kali habis..siap kena tunggu.. paling tak best, masa nak ke sana-sini kat dlam Tesco tu asyik berlanggar jer trolley!!!! Tapi semalam yang buat aku angin, cashier siap boleh scan next customer punyer barang kat aku.. Bengang tul, nasib aku nampak kalau tak free la orang belakang tu..huhhuhuhuhu
Ermm ahad lepas memang penat, pegi kenduri kawin kat Klang.. Lagi penat sebab setiap kali nak cari jalan ikut peta, tak sah kalau tak sesat.. 2-3 kali la pusing dan singgahan terakhir kenduri kawin tu sampai dah dekat pukul 4, kira majlis dah nak tamat.. Kitorang jumpe pengantin, salam-salam, kasi hadiah terus gerak balik KL..hhuhuhu Nasib laa 2 tempat jerr nak kena pegi kat Klang..huhuhu anyway congrate to Ros and Sarina for your wedding!!!!
Lately ni dah dua minggu aku dilanda musim demam. Mula-mula, sakit-sakit badan sebab penat mengangkat barang pindah ofis.. Sabtu ahad aku keje then pastu isnin ngan selasa aku amik MC sebab tak sihat...huhuuh
Hari Rabu tu, masuk ofis lepas MC dua hari. Then dalam tengahari dapat call my best buddy friend mum past away!!! Very sad!!! Last jumpe her mum masa dia baru kawin and masa tu nak bawa mak dia gi berubat.. Tu la last jumpe then tau-tau dah pegi!!! Salam takziah buat Y sekeluarga..
Then khamis tu aku demam!!! Tapi sebab aku dah dua hari tak datang minggu tu aku gagahkan jua pegi ofis sampai jumaat.. Nasib baik that week cuti sampai Isnin coz Isnin Hari Wilayah.. Hrmm.. nak kate rehat tak la juga, sabtu kuar beli barang wat BBQ, Ahad bz ngan BBQ then Isnin sempat lagi naik Cameron..huhuhuhu memang penat lak tu dalam keadaan tak berapa sihat.. Selasa masuk ofis dengan keadaan masih belum sihat.. Rabu terus EL sebab aku tak boleh nak bangun..huhuhuh
Khamis and Jumaat semalam masuk keje.. Sebab keje dah bertimbun kat ofis.. Aku fikir2 nak merehatkan diri, terus apply cuti untuk isnin dan selasa ni.. saja nak rehatkan diri kat umah sebab badan tak berapa sihat.. Kawan-kawan call advice aku suh pi hospital check sebab da 2week aku masih tak sihat..huhuhu If isnin ni not so good, aku akan pegi hospital check darah..huhuhuh
Esok ade kenduri kawen kawan masa kat uitm melaka.. Nak tak nak kena la pegi sebab kawan baik..huhhuhu That Y hari ni aku malas nak kuar.. Kalau ikut harini nak kuar tengok wayang.. Tapi aku da cancel semua plan sebab nak berehat coz still not feeling well!!!! huhuhuh Doakan lah kesihatan aku bertambah baik..Amin.. uhhuhu
"Kita seringkali menganggap sesuatu yang luaran itu nampak cantik dan baik sudah semestinya yang terkandung di dalam baik. Kita seringkali salah mentafsir sesuatu tanpa melihat isi tersirat."
Perkara demikian seringkali terjadi dalam kehidupan. Kadang-kadang rasa macam dah berhati-hati tapi terjadi juga. Yelah kita tak boleh nak lawan takdir Tuhan tapi selagi boleh mengelak dari terkena baik mengelak kan.
Tapi bagi aku walau macam mana pun kawan yang datang aku masih memberikan sedikit kepercayaan. Sorry la beb, bukan tak nak kasi 100% cuma aku tak tau korang ni sahabat ke seteru yang hanya datang nak memusnahkan hidup orang.
Satu yang paling aku benci dalam berkawan, bila kawan nak tikam belakang. Depan mulut baik manis ibarat pijak semut tak mati. Tapi yang sebenar hipokrit dan sanggup mempergunakan kawan demi kepentingan peribadi. Lagi-lagi kalau pasal kerja, sanggup memfitnah kawan semata-mata nak cepat naik. Agak-agak la kan, tau la nak naik cepat kalau prestasi bagus takpe juga, ni mulut jer pandai cakap tapi "NOTHING".
Bukan aku nak marah, tapi kadangkala rimas. Rimas hingga aku pun lemas..huhuhu
Pening.. Tu yang aku alami sekarang!!!!! Lepas balik meeting tadi kepala meeting.. Kemudian ditambah dengan taklimat mengenai HRMIS oleh unit IT menambahkan kepeningan!!!!! Huhuhu Hari ni satu keje pun aku tak sentuh masuk ofis harini dek sibuk menguruskan kerja untuk persiapan Kursus yang dianjurkan oleh PUU. Nasib separuh kerja En.Mail yang settlekan so terasa ringan skit beban.. huhuhuh plak tu team aku hilang sorang anggota sebab dah kena transfer last week..huhuhuh
Lagi bertambah pening.. this saturday and sunday need to come office. Coz our office will be remove to another level. One thing, we got very short notice to removed all the things within 5 days. It's make us crazy and our boss worried bout the security level at the new office. I have promised with UiTM Training Unit for attending the modul as Fasilitator but needed to cancel all the matters. Maaf sangat-sangat tak dapat nak tolong. InsyaAllah 31/1 maybe boleh datang jadi fasilitator.
Starting next week keje kat tingkat 8. All extension numbers will be announced later. And maybe next week waktu office tiada internet connection coz office still in renovation..huhuh
Layanz video clip dari ressa herlambang - menyesal.. Aku suka sangat lagu ni.. Biasalaa orang tengah jiwa lara selalu layan lagu-lagu sedih kan..hhuuhuhuh
Bila Cinta Tak LagiUntukku
Bila Aku Tak Baik Untukmu
Ahhhaa... i've changing my blog skin!!! I don't know why i choose this layout but preferable for 3 column blog layout.. huhuhuhu Entah ke berapa kali aku tukar laaa.. skin blog tapi dah lame tak tukar.. so new year with new skin.. huhuhuhu Sebab musabab aku tukar pun sebab skin lame takde ruang untuk orang komen blog aku..huhuhuh so aku tukar laa.. Ermm look like this time macam biasa jerr aku punyer skin ..tak se'happy' blog skin yang lepas tapi aku dah malas nak cari dan aku nak blog yang simple je..huhuhuhu


